Syarikat arah calon temu duga pakai topeng

 

Sebilangan calon sedang menanti untuk ditemu duga oleh pegawai sumber manusia sambil memakai topeng. – Baidu

BEIJING – Sebuah syarikat di Chengdu, China menjadi perhatian ramai kerana meminta calon temu duga memakai topeng bagi mengelakkan diskriminasi berdasarkan paras rupa, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Chengdu Ant Logistics menjadi tajuk utama berita selepas klip video memaparkan proses temu duga syarikat logistik berkenaan tular di media sosial China baru-baru ini.

Video dirakam oleh salah seorang calon itu memaparkan sebilangan pemohon menanti untuk ditemu duga sambil memakai topeng.

Pegawai sumber manusia dan eksekutif syarikat juga dilaporkan memakai topeng muka.

Syarikat tersebut ketika mengulas mengenai video itu berkata, ia dirakam ketika pameran pengambilan pekerja dwitahunan,  manakala pemakaian topeng muka diperkenalkan untuk mengelakkan keputusan berat sebelah berdasarkan paras rupa.

Tambah Chengdu Ant Logistics, kaedah luar biasa pengambilan pekerja itu dilaksanakan bagi mengurangkan tekanan kepada  calon serta menekankan fakta bahawa syarikat itu menghargai kebolehan individu  berbanding penampilan mereka.

Video itu menjadi tular dan menerima banyak respons positif  orang ramai yang mengaku bahawa  mereka tidak kisah sekiranya diminta memakai topeng ketika ditemu duga.

“Sebagai seorang yang pemalu, saya akan menyukai sesi temu duga  demikian,” kata seorang netizen.

“Ini adalah kesamarataan. Wajah yang menarik tidak wajar menjadi sandaran,” kata seorang pengguna lain. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengunjung taman safari dikejutkan dengan rempuhan Singa yang bergaduh dihadapan kereta [VIDEO]

Dari Subang Jaya dengan aksi kejar-mengejar, akhirnya penyamun diberkas di Klang

Geng Motor Pancung Leher Orang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker