AMK Sabah kritik Shamsul pertikai jumlah graduan PhD UPM

AMK Sabah kritik Shamsul pertikai jumlah graduan PhD UPM

Ketua Penerangan Pemuda PKR (AMK) Sabah Razeef Rakimin mengkritik ahli Parlimen Hang Tuah Jaya Shamsul Iskandar Md Akin yang mempersoalkan kemampuan Universiti Putra Malaysia dalam melahirkan hampir 400 graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam tempoh setahun.

Razeef turut membuat perbandingan dengan rekod universiti tempatan lain pada 2018 yang pernah melahirkan sehingga lebih dari 500 graduan PhD dalam masa setahun.



Malah, dia turut memberi contoh rekod universiti bertaraf dunia seperti Harvard University dan Stanford University yang pernah melahirkan lebih ramai graduan PhD.

“Saya masih tidak jelas mengapa isu kemampuan UPM melahirkan 398 graduan PhD perlu dipersoalkan.

“Tindakan ini seolah mempertikai kemampuan graduan itu sendiri yang selama ini berusaha keras untuk mencapai cita-cita memiliki PhD,” katanya.

Semalam, Shamsul yang merupakan ketua penerangan PKR menggesa UPM memberi penjelasan berhubung penganugerahan seramai 398 penerima PhD pada Majlis Konvokesyen ke-44, 8 hingga 13 Januari lalu, kerana mendakwa universiti-universiti di luar negara yang lebih tinggi rankingnya dalam senarai Times Higher Education, tidak menganugerahkan ijazah PhD sebanyak itu dalam setahun.



Bagaimanapun, UPM dalam respons balasnya hari ini mempertahankan jumlah itu dengan menjelaskan bahawa ia kerana universiti itu memiliki kekuatan tenaga akademik berkelulusan PhD hampir 1,700.

Menurut UPM, pencapaian itu juga mencerminkan kemampuan universiti itu dalam menghasilkan graduan PhD dengan merujuk kepada amalan terbaik di peringkat antarabangsa.

Razeef menambah, jika diteliti pada rekod lalu, jumlah graduan PhD UPM pada 2018 adalah sebanyak 630 manakala pada 2019 adalah seramai 632 graduan.

“Namun baru-baru ini walaupun untuk pengajian tamat 2020 dan 2021 yang terbantut akibat pandemik Covid-19, hanya 398 sahaja graduan yang berjaya lulus,” katanya.



Dia turut mempersoalkan niat Shamsul yang mempersoalkan isu tersebut, memandangkan negara sedang berusaha mencapai lebih ramai graduan PhD pada 2025.

“Saya ingin menasihatkan Shamsul jika ingin menjadi jaguh isu, carilah isu yang menjadi masalah kepada rakyat dan negara hari ini.

“Mempersoal kemampuan UPM melahirkan 400 graduan PhD setahun seolah mempertikai kemampuan mahasiswa itu sendiri yang berusaha untuk mendapatkan PhD serta mempertikai kemampuan para pensyarah termasuk universiti berkenaan,” katanya. Mk

AMK Sabah kritik Shamsul pertikai jumlah graduan PhD UPM




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna



Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa

Kos RIFD tak sampai RM1, kenapa jual RM35?, soal Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker