Lelaki tular rebah di restoran maut akibat serangan jantung

Lelaki tular rebah di restoran maut akibat serangan jantung

Polis mengesahkan lelaki dilaporkan rebah ketika bersarapan di sebuah restoran di Bukit Sentosa, Rawang, meninggal dunia akibat penyakit jantung kronik.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Arsad Kamaruddin, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 7 pagi daripada pekerja restoran tersebut.



“Doktor mengesahkan punca kematian adalah disebabkan penyakit jantung kronik,” katanya dalam kenyataan.

Hasil pemeriksaan pegawai kesihatan dari Klinik Kesihatan Serendah, mengesahkan lelaki berusia 54 tahun itu, dikenali sebagai Hamsan Hashim.

“Isteri si mati juga mengesahkan si mati mempunyai penyakit jantung dan darah tinggi sejak lima tahun lalu dan masih menerima rawatan di Hospital Selayang,” katanya.

Arsad berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk ujian saringan Covid-19 dan bedah siasat.



“Hasil ujian saringan dilakukan mendapati lelaki itu negatif Covid-19 dan pihak doktor mengesahkan punca kematian disebabkan sakit jantung kronik (coronary artery disease).

“Siasatan awal polis juga mendapati tiada unsur-unsur jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian lelaki berkenaan yang tular di media sosial.

Terdahulu, tular di media sosial mendakwa kematian Hamsan disebabkan serangan jantung dan baru sahaja mengambil dos penggalak. FMT



Lelaki tular rebah di restoran maut akibat serangan jantung


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna



Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa

Kos RIFD tak sampai RM1, kenapa jual RM35?, soal Najib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker