Dasar Agrikomoditi Negara dilancar – Ismail

Dasar Agrikomoditi Negara dilancar – Ismail

Kerajaan bakal melancarkan Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN) 2021-2030 bagi menggantikan Dasar Komoditi Negara (DKN) yang sudah pun berakhir pada 2020 lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dasar baharu di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu akan memastikan sektor itu terus kukuh.



“Ini juga selaras dengan usaha pihak kerajaan untuk dapat memacu pembangunan sektor agrikomoditi secara lebih mampan, berdaya saing dan berorientasikan pasaran,” katanya pada Program Eksklusif Bersama Perdana Menteri dan kemudian melancarkan Jelajah Agrikomoditi Keluarga Malaysia di Hotel Marriott di sini hari ini.

Inisiatif tersebut turut bertujuan menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan dalam usaha kementerian itu bagi membangun dan memperkasa sektor agrikomoditi negara ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, sektor itu amat penting kerana pada 2020, ia menyumbang RM85 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar meskipun berdepan isu wabak Covid-19.

“Malahan, jumlah pendapatan eksport sepanjang tahun lalu setakat November, meningkat 41.6 peratus kepada RM189.8 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2020,” jelasnya.



Justeru ujar beliau, DAKN dijangka dapat memayungi pembangunan agrikomoditi negara agar sektor tersebut terus kompetitif dan kekal terpelihara sepanjang masa walau apa jua cabaran.

Dasar baharu itu jelas beliau, juga bakal diselaraskan dengan suasana norma baharu dan peningkatan trend penggunaan digital sejajar pelan pemulihan pasca pandemik Covid-19.

Dalam nada optimis, beliau berkeyakinan DAKN dapat digunakan sebagai rujukan kepada industri komoditi tempatan meliputi aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus bertaraf dunia.

Usaha dalam tempoh sedekad akan datang itu kata Ismail, turut memenuhi agenda Matlamat Pembangunan Mampan ditetapkan Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi dicapai menjelang 2030.



“Selain itu, DAKN akan tingkat keyakinan rakyat terhadap sektor ini yang amat penting kepada usaha pembangunan ekonomi negara terutama buat hampir sejuta pekebun kecil,” katanya.

Pada masa sama, kerajaan ujarnya, akan memastikan sektor agrikomoditi negara terus kukuh dan ia dibuktikan menerusi peruntukan RM670 juta untuk kementerian tersebut dalam Bajet 2022. K Online

Dasar Agrikomoditi Negara dilancar – Ismail


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa



Kos RIFD tak sampai RM1, kenapa jual RM35?, soal Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker