UMNO yakin menang di Jeli

#PRU15

UMNO yakin menang di Jeli

TANAH MERAH – “Kami terkejut Tok Pa (bekas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamad) akan guna logo Pas,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Bunga, Datuk Mohd Adhan Kechik.

Beliau berkata, sebelum ini Pas bukan sahaja menjadi musuh tradisi UMNO di Jeli malah parti itu tidak pernah menang sepanjang enam penggal bertanding di Parlimen itu.

Bagaimanapun, Mohd Adhan yakin UMNO dapat mengekalkan kerusi Parlimen Jeli pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walaupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersetuju menggunakan logo Pas pada pilihan raya itu.

ADUN Bukit Bunga, Datuk Mohd Adhan Kechik berkata, keputusan menggunakan lambang Pas sebenarnya memberi peluang kepada BN untuk memenangi kerusi berkenaan.

“Enam penggal BN bertanding di sini, Pas tidak pernah menang. Kita (BN) lebih suka jika beliau menggunakan lambang Pas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Program Berkhatan Muhibah Bilateral Malaysia-Thailand di Bukit Bunga pada Selasa.

Hadir merasmikan majlis ialah, Timbalan Gabenor wilayah itu, Fatimah Sabeeyamu.

Tambah Mohd Adhan, sambutan terhadap UMNO juga semakin hebat dan ramai penyokong sudah Pas beralih arah.

“Kita dapat lihat masyarakat di Jeli ramai yang ‘bermigrasi’ dan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada BN,” katanya.

Pada Sabtu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan Mustapa dilaporkan bersetuju menggunakan logo Pas pada pilihan raya itu.

Menurut Muhyiddin, ia selaras hasil mesyuarat yang memutuskan calon di Kelantan menggunakan logo Pas.

Mohd Adhan dalam pada itu memberitahu, situasi politik yang mencabar kini menjadikan UMNO Jeli lebih bersatu dan bersedia untuk menghadapi PRU15.

“BN Jeli sudah mantap dan kita tidak kisah jika beliau (Mustapa) menggunakan apa sahaja lambang pada pilihan raya ini,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon PRU15 pada 5 November manakala pengundian awal 15 November dan hari mengundi 19 November depan. Sinar

UMNO yakin menang di Jeli


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat

Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu

PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker