Covid-19: 12 kematian terbaru, jumlah korban 31,750

Kementerian Kesihatan memaklumkan sejumlah 12 kematian baru akibat Covid-19 direkodkan semalam (13 Jan), menjadikan jumlah terkumpul kematian akibat pandemik itu meningkat kepada 31,750 orang.

Kes kematian akibat Covid-19 direkodkan di Sabah (3), Johor (2), Pahang (2), Kelantan (1), Negeri Sembilan (1), Pulau Pinang (1), Terengganu (1) dan Kuala Lumpur (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Kedah, Melaka, Perak, Perlis, Sarawak, Selangor, Labuan dan Putrajaya.



Malaysia mencatatkan jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 961 kematian bagi setiap satu juta penduduk

Sebanyak 11 daripada 12 kematian yang dilaporkan atau 91.7 peratus berlaku dalam tujuh hari lalu.

Purata 26 kematian akibat Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari berbanding purata 17 kematian dalam masa tujuh hari, sekali gus menunjukkan penurunan.

Sebanyak 552 kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada bulan ini.



Setakat semalam, sebanyak 40,276 kes aktif Covid-19 direkodkan di seluruh negara. Jumlah ini meningkat sebanyak 1.2 peratus daripada 39,779 kes aktif seminggu lalu.

Berbanding tempoh 30 hari lalu, jumlah kes aktif menurun sebanyak 30.2 peratus daripada 57,676 kes.

Daripada sejumlah 3,684 kes baru Covid-19 semalam, sebanyak 150 kes dikesan daripada kluster Covid-19 sedia ada.

Kementerian Kesihatan mengeluarkan data terkini wabak Covid-19 selepas tengah malam tadi di laman web Github.



Covid-19: 12 kematian terbaru, jumlah korban 31,750


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu



Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker