AstraZeneca dakwa dos penggalak jana lebih banyak antibodi terhadap Omicron

AstraZeneca dakwa dos penggalak jana lebih banyak antibodi terhadap Omicron

OXFORD: Data awal daripada ujian yang dikendalikan AstraZeneca ke atas suntikan vaksin COVID-19, Vaxzevria, menunjukkan ia boleh mencetuskan tindak balas antibodi yang lebih tinggi terhadap varian Omicron dan varian-varian lain, termasuk Beta, Delta, Alpha dan Gamma, apabila diberikan sebagai dos penggalak.

Demikian menurut AstraZeneca hari ini.



Tindak balas yang lebih tinggi itu dilihat dalam kalangan mereka yang sudah divaksin dengan vaksin Vaxzevria ataupun mRNA, menurut pengeluar vaksin terbabit, sambil menambah bahawa mereka akan menyerahkan dapatan itu kepada penyelia sedunia, memandangkan keperluan yang mendesak bagi dos penggalak.

AstraZeneca membangunkan vaksin terbabit bersama pengkaji daripada Universiti Oxford dan kajian makmal bulan lalu mendapati rejim tiga dos Vaxzevria berkesan terhadap varian baharu yang pantas menular itu.

Data itu didedahkan buat pertama kali oleh syarikat terbabit daripada ujian dos penggalak vaksin terbabit.

Syarikat terbabit menyatakan, itu memperkukuhkan lagi bukti sedia ada yang menyokong dos ketiga vaksin, tidak mengira jadual utama vaksinasi.



“Kajian penting ini menunjukkan dos ketiga Vaxzevria selepas dua dos vaksin yang sama sebelum itu, ataupun selepas vaksin-vaksin mRNA atau yang tidak diaktifkan, memperkukuhkan lagi daya imun terhadap COVID-19,” menurut Ketua Pasukan Vaksin Oxford Andrew Pollard dalam satu kenyataan.

Satu ujian besar-besaran di Britain pada Disember menunjukkan bahawa suntikan AstraZeneca meningkatkan antibodi apabila disuntik sebagai dos penggalak selepas disuntik vaksin yang sama sebelum itu ataupun Pfizer, yang berdasarkan teknologi mRNA, sebelum itu.

Namun, kajian terbabit menyimpulkan bahawa vaksin mRNA yang dibangunkan Pfizer dan Moderna merangsang lebih banyak antibodi apabila diberikan sebagai dos penggalak. BH

AstraZeneca dakwa dos penggalak jana lebih banyak antibodi terhadap Omicron




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu



Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker