ADUN PH Johor mahu jadi pembangkang sampai habis penggal
SHAH ALAM – Biarpun Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohamad, sering kali menimbulkan spekulasi bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan dalam masa terdekat bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN), namun pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) mempunyai padangan berbeza.
Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Suhaizan Kaiat menegaskan, sebenarnya tiada keperluan untuk membubarkan DUN Johor biarpun Barisan Nasional (BN) hanya mempunyai majoriti satu kerusi.
Malah, Suhaizan yang juga Speaker DUN Johor berkata, biarpun BN hanya mempunyai kelebihan satu kerusi namun kerajaan negeri masih boleh bertahan tanpa sebarang masalah
“Pandangan saya biarpun BN masih ada kelebihan satu undi, selama ini pun kerajaan bertahan dengan majoriti yang tipis dan tiada sebarang masalah berlaku.
“Tempoh penggal pun masih ada satu tahun lebih lagi. PH merasakan tiada sebab yang jelas untuk DUN dibubarkan ditengah-tengah keperitan rakyat hadapi akibat penularan pandemik Covid-19.
“Majoriti ADUN PH tidak kisah pun menjadi pembangkang sampai habis penggal kerana tempoh tersebut sekitar setahun lebih sahaja lagi.
“Malah, pada tahun 2004, Pas hanya ada kelebihan satu kerusi sahaja 23-22 kerusi, namun kerajaan Kelantan boleh bertahan sehingga hujung penggal sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berlangsung pada 2008,” katanya kepada Sinar Premium pada Khamis.
Ditanya sama ada Menteri Besar ada mengadakan perbincangan dengannya mengenai pembubaran DUN Johor yang dikatakan bakal berlaku pada 15 Januari ini, Suhaizan berkata, setakat ini pembubaran DUN kekal sebagai khabar angin semata-mata.
“Setakat ini tiada berita sahih dan saya pun hanya dengar khabar angin sahaja,” katanya.
Isu mengenai pembubaran DUN Johor mula bertiup kencang selepas kekosongan kerusi DUN Kempas susulan kematian bekas Menteri Besar merangkap penyandangnya daripda Bersatu, Datuk Osman Sapian, pada 21 Disember lalu.
Bagaimanapun, Suhaizan dalam kenyataannya menegaskan Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak perlu diadakan kekosongan kerusi itu berlaku lebih daripada tiga tahun selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) iaitu pada Mei 2018.
BUKAN MASA SESUAI
Setiausaha Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, pula berpandangan sekarang bukan masa sesuai untuk membubarkan DUN bagi memberikan laluan kepada PRN berlangsung kerana masih ramai rakyat Johor termasuk di kawasannya masih terkesan akibat banjir.
Sahruddin yang juga bekas Menteri Besar Johor melahirkan kebimbangan bahawa tindakan Hasni mahu membubarkan DUN dan mengadakan PRN akan menambah kemarahan rakyat.
Berikutan itu, Sharuddin berkata, Menteri Besar sepatutnya memberikan lebih tumpuan untuk membantu rakyat di peringkat akar umbi yang masih terkesan akibat banjir dan penularan Covid-19.
“Bagaimanapun, jika Menteri Besar berjaya memujuk Sultan Johor supaya membubarkan DUN kerana nisbah kerusi dimilik BN dan PH hanya berbeza satu kerusi, maka Perikatan Nasional (PN) terpaksa membuat persiapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk PRN.
“Namun, saya ingin menegaskan bahawa fokus utama PN dan Bersatu adalah untuk membantu seramai mungkin rakyat Johor terjejas akibat banjir dan penularan Covid-19 tanpa mengira perbezaan kaum dan agama,” katanya.
Terdahulu, Hasni dalam satu sidang media pada 25 Disember lalu, mengesahkan kerajaan negeri akan melihat dan memantau keadaan semasa termasuk meneliti keperluan untuk mengadakan PRN berikutan mempunyai kelebihan hanya satu kerusi di DUN Johor.
Hasni dipetik sebagai berkata beliau akan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak lama lagi untuk memaklumkan tentang kedudukan kerajaan negeri yang ketika ini mempunyai majoriti yang amat tipis dengan hanya satu kerusi yang boleh membuatkan kerajaan negeri dikhuatiri bertambah tidak stabil.
ADUN PH Johor mahu jadi pembangkang sampai habis penggal
Baca Artikel Menarik:
- 3 polis ‘kaki paw’ ditahan
- Keluarga Shebby ucap terima kasih atas penghormatan dan kasih sayang
- ASB Tidak Diwajibkan Zakat?
- Hakim berbogel: 5 saksi dipanggil bantu siasatan
- Duduk apartment tingkat 4, minta bantuan banjir
- Separuh penduduk Eropah akan dijangkiti Omicron Mac ini?
- Ismail Sabri mendapat sokongan penuh MKT UMNO sebagai PM
- Aksi ranjang Jasmine Suraya, sedia dikecam netizen
- Banjir 31 Disember, kenapa Syed Saddiq turun 7 Januari? – Onn
- Fosil Naga Laut Terbesar Ditemui, Dipercayai Hidup Pada 250 Juta Tahun Dahulu
- “Unboxing Isteri: Satu trend pengikut setan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis