Baim Wong hadiahkan motosikal kepada mangsa samun

Baim Wong hadiahkan motosikal kepada mangsa samun

PELAKON Indonesia terkenal, Baim Wong atau nama sebenar Muhammad Ibrahim, 41, menjadi bualan netizen di media sosial apabila dia memberi sebuah motosikal kepada mangsa samun iaitu Ramadhoni.

Baim berkongsi detik-detik kejutan itu menerusi akaun Youtubenya, Baim Paul yang bertajuk ‘kepalanya dipukul, motornya hilang di Begal. Baim datang jenguk ke rumah sakit bawa motor baru,’ dan sehingga kini mendapat lebih 500,000 tontonan.

Dalam video itu, dia membuat lawatan ke hospital dimana wanita itu mendapat rawatan untuk melihat keadaanya yang terkini.

Tambah Baim lagi, wanita itu terpaksa pergi ke hospital dalam keadaan berlumuran berdarah malah tidak diterima untuk mendapatkan rawatan disebabkan tidak mempunyai wang dan insuran.

“Jadi, dia disamun dan yang menyedihkan ketika dia dalam keadaan berdarah, dia pergi ke sebuah hospital tetapi tidak diterima kerana tidak mempunyai duit dan insuran,” kata Baim.

Difahamkan, motosikal wanita itu disamun oleh perompak sehingga mengalami kecederaan yang teruk dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Iya, saya dipukul di belakang dengan kayu terus jatuh, Motor saya dibawa lari,” luah Ramadhoni yang bekerja sebagai tukang cuci.

Sayu mendengar kisah wanita itu, keesokkan harinya, Baim bertindak memberi kejutan sebuah motosikal baharu model Honda Genio dan dihantar ke hospital.

Ramadhoni terkejut dengan hadiah yang tidak dijangkanya itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada Baim atas keprihatinan terhadap nasib yang menimpanya.

Sementara itu, tinjauan URTV ke ruangan komen mendapati, rata-rata warganet luah terharu dan mendoakan pelakon itu sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan. Utv

Baim Wong hadiahkan motosikal kepada mangsa samun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker