PM Thai ucap terima kasih kepada Anwar bantu rundingan pembebasan tahanan di Gaza

PM Thai ucap terima kasih kepada Anwar bantu rundingan pembebasan tahanan di Gaza

Jasa dan usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat penghargaan oleh pemimpin negara jiran apabila Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin mengucapkan terima kasih kepada Anwar atas bantuan yang disalurkan ketua kerajaan Malaysia itu yang membantu dalam rundingan membebaskan warga Thailand yang ditahan Hamas.

Portal berita Khaosod turut memaklumkan Bangkok akan terus mengusahakan pembebasan baki warga Thailand yang masih dalam tahanan Hamas, walaupun gencatan senjata antara Hamas dan regim Israel bakal berakhir kurang 24 jam.



Kementerian Luar Thailand memaklumkan 17 warganya yang ditahan dalam serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober lalu sudah dibebaskan sehingga Isnin.

Mereka adalah antara 17 individu yang dibebaskan pada Ahad.

Kumpulan yang dibebaskan itu menerima pemeriksaan kesihatan di Israel dan akan dihantar pulang ke Thailand.

Laporan awal menyebut seramai 54 daripada semua 220 individu yang ditahan Hamas pada 7 Oktober lalu adalah warga Thailand.
Ini menjadikan Thailand sebagai negara dengan tahanan Hamas paling ramai.



Seramai 30,000 warga Thailand bekerja dalam sektor pertanian Israel yang diusahakan di kawasan tanah yang dijarah daripada Palestin sejak 1948.

Daripada jumlah berkenaan, 5,000 bekerja di kawasan sekitar berdekatan Gaza.

PM Thai ucap terima kasih kepada Anwar bantu rundingan pembebasan tahanan di Gaza

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kriteria pemilihan tentera Al-Qassam

PU Syed tegur usahawan sensasi isu solat lepas subuh



Perebutan kuasa bakal berlaku di dalam Bersatu

Sikap ‘Humble’ Siti Nurhaliza, didedahkan Asyraf Khalid



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker