Syed Saddiq kata MUDA juga untuk yang tua

PETALING JAYA: Tidak ada had usia ditetapkan bagi sesiapa untuk menyertai Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), malah mereka juga boleh bertanding untuk merebut jawatan tertinggi dalam parti, kata Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurutnya, parti itu boleh disertai individu pelbagai bangsa dan agama daripada setiap peringkat usia dan tidak kira sama ada mereka menetap di bandar mahupun luar bandar.

“Kita akan mengadakan pemilihan parti sendiri dan sesiapa juga boleh bertanding untuk jawatan tertinggi,” katanya dalam ciapan di Twitter.

“MUDA untuk semua bangsa dan agama. Untuk yang hidup di tengah kota raya dan pinggir desa. Untuk tua dan muda.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan warganet sama ada jawatannya akan dicabar dan sama ada rakyat bukan Bumiputera boleh bertanding berdasarkan merit.

Terdahulu dilaporkan MUDA akhirnya didaftarkan secara rasmi sebagai parti politik pada pada 23 Dis, selepas lebih setahun berjuang untuk mendapatkan kebenaran.

Syed Saddiq berkata, partinya menerima lebih 60,000 permohonan keahlian sebelum ini dan angka itu dijangka bertambah dengan sistem pendaftaran secara atas talian yang lebih mudah dicapai.

Jelasnya, MUDA menggunakan pendekatan itu bagi mengelakkan sebarang kerenah birokrasi dengan mengutamakan proses pendaftaran yang lebih telus dan terbuka.

Syed Saddiq kata MUDA juga untuk yang tua


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tahun 2022 – Tenteramkah Politik Kita?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker