Kadar inflasi tinggi berlaku di seluruh dunia

Kadar inflasi tinggi berlaku di seluruh dunia

Peningkatan kadar inflasi di Malaysia yang bermula sejak tahun lalu adalah membimbangkan, namun ia fenomena global yang turut dialami kebanyakan negara lain di seluruh dunia, kata ahli ekonomi.

Penganalisis ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, berkata fenomena ini berlaku apabila ekonomi mula beroperasi selepas ditutup akibat pandemik COVID-19 yang melanda hampir dua tahun.

Beliau menjelaskan, permintaan yang meningkat secara mendadak apabila ekonomi dibuka semula adalah punca utama kenaikan kadar inflasi ini.

“Seperti perkara asas ekonomi, apabila permintaan melebihi bekalan, maka titik tengah atau ‘equilibrium’ akan beralih ke atas yang menandakan kenaikan harga.

“Selain itu, rantaian nilai seperti logistik dan pengangkutan, di samping bekalan bahan mentah dan komponen asas juga akan turut terganggu. Ini semuanya adalah bagi memenuhi permintaan yang naik mendadak.

“Kenaikan harga minyak mentah global juga adalah tindak balas segera kepada pemulihan ekonomi yang pastinya meningkatkan kos pengangkutan,” katanya kepada BH.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sebelum ini melaporkan Indeks Harga Pengguna (IHP), yang mengukur inflasi utama mencatat peningkatan 3.3 peratus kepada 124.0 pada November 2021 daripada 120.0 setahun lalu, mencatat kenaikan untuk tempoh sembilan bulan berturut-turut.

Indeks Harga Pengeluar (IHPR), pengukur kadar inflasi di peringkat pengeluar pada bulan sama turut meningkat 12.6 peratus, terutama didorong oleh lonjakan kos bahan mentah.

Aimi Zulhazmi berkata, bagi mengimbangi lonjakan kadar inflasi, kerajaan perlu menggunakan pendekatan strategi di luar kebiasaan termasuk menjalin kerjasama awam-swasta, selain strategi biasa seperti menambah subsidi bahan api dan meneruskan subsidi bahan asas.

Beliau mencadangkan supaya kerajaan menjalin kerjasama dengan rantaian bekalan, bermula dari pembekal sehingga kepada pengguna untuk mengawal harga barangan tanpa memberi tekanan kewangan.

“Sebagai contoh, antara strategi yang boleh dilaksanakan adalah subsidi kepada pembekal atau pengusaha melalui potongan cukai berganda dan sebagainya.

“Pengumpulan data yang lebih berkesan perlu ada supaya kerajaan dapat mengetahui pada masa nyata masalah yang menyebabkan kos meningkat. Teknologi yang ada ketika ini juga boleh dilaksanakan secara menyeluruh,” katanya.

Penganalisis Ekonomi Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, turut bersetuju dengan pandangan supaya kerajaan melaksanakan strategi luar kotak.

Beliau berkata, penambahan peruntukan subsidi seperti untuk bahan api boleh dilaksanakan, namun hanya bersifat langkah jangka masa pendek memandangkan ia boleh menambah lagi beban kewangan kerajaan.

Justeru, katanya tindakan yang lebih proaktif harus dilaksanakan seperti mengurangkan kebergantungan kepada barangan import, menambah baik rantaian bekalan dan mereformasikan sistem monetari.

“Sistem monetari ketika ini banyak menyebabkan longgokan kredit yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kadar inflasi yang tinggi.

“Langkah ini penting dilaksanakan kerana ekonomi Malaysia pada 2022 dijangka lebih baik daripada 2021, dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekitar lima hingga enam peratus.

“Disebabkan itu, penting bagi kita memastikan negara kekal berdaya saing dengan memperkasakan dan mempelbagaikan ekonomi tempatan termasuk mengaplikasikan teknologi terkini,” katanya. BH

Kadar inflasi tinggi berlaku di seluruh dunia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker