Smart Safe City diperkenal di bandar-bandar utama – Ismail
Smart Safe City diperkenal di bandar-bandar utama – Ismail
Kerajaan akan memberikan fokus untuk memenuhi keperluan perumahan generasi muda Keluarga Malaysia dari aspek sosial dan kesejahteraan rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, aspek tersebut akan turut melibatkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di mana konsep Smart Safe City akan diperkenalkan secara berperingkat bermula di bandar-bandar utama seluruh negara.
Katanya, inilah antara terjemahan hala tuju ekonomi yang bakal digerakkan pada tahun 2022.
“Perkara asas, yakni kemiskinan masih menjadi keutamaan saya. Seperti yang saya janjikan, nilai teras Keluarga Malaysia adalah Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran dan tiada seorang pun yang harus tertinggal.
“Saya sendiri akan mengetuai inisiatif Pembasmian Kemiskinan melalui penubuhan Unit Kemiskinan yang diwujudkan di peringkat pusat, negeri dan daerah bagi menangani isu kemiskinan dan jurang pendapatan. Ini meliputi kemiskinan di bandar mahupun di luar bandar,” katanya dalam perutusan khas tahun baharu 2022 di sini malam ini.
Atas semangat keterangkuman yang sama, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan terus memberikan fokus kepada kemajuan dan pembangunan luar bandar di serata Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Utusan
Smart Safe City diperkenal di bandar-bandar utama – Ismail
Baca Artikel Menarik :
- Lelaki anti Islam dikecam, buat origami pakai helaian al-Quran
- Gigit tukang cuci, Harimau Malaya ditembak mati
- Isu ‘rogol’, Fauzi Nawawi bawa diri ke Sabah, nama kena ‘reject’
- Noki tidak berbaju: Jual elemen sensasi demi trending?
- Tiada lagi pengeluaran KWSP – Tengku Zafrul
- Kisahnya…Baru Tahu Rupa-Rupanya Cecair Antiseptik Boleh Guna Untuk 4 Perkara Ini!
- Anak dedahkan ayah kena HIV kerana tiduri ramai lelaki (Video)
- Rombak kabinet, tukar menteri tidak efisien
- Firdaus Wong Mahu Sashi Kumar DiTahan?
- Saya rapat dengan Zul Ariffin – Ruhainies
- Resepi Ayam Goreng Serai Thai
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.