Hashim Abdul Rahman meninggal dunia

Hashim Abdul Rahman meninggal dunia

Pelakon veteran, Hashim Abdul Rahman, 75, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak akibat komplikasi pelbagai penyakit, jam 6.45 pagi tadi.

Menantu Allahyarham, Norhazrin Hashim memaklumkan keadaan kesihatan bapa mentuanya itu merosot selepas disahkan mengidap penyakit kencing manis.



“Arwah mengidap penyakit kencing manis dan keadaan kesihatannya semakin merosot sejak kebelakangan ini.

“Selera makan semakin kurang dan berat badan semakin menyusut. Berdasarkan gejala yang ditunjukkan, doktor syak arwah ada masalah pada bahagian usus dan menyarankan untuk membuat prosedur endoskopi.

“Keadaan arwah semakin membimbangkan dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan, semalam.

“Bagaimanapun, degupan jantung arwah semakin lemah, subuh tadi. Doktor memanggil suami saya untuk mengajar arwah mengucap.



“Pada jam 6.45 pagi, arwah disahkan sudah meninggal dunia,” katanya kepada BH Online.

Menurut Norhazrin, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk dikapan dan disolatkan.

“Insya-Allah jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas Asar,” katanya.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham yang juga bapa kepada pelakon Buzen Hashim ini pernah membintangi pelbagai drama dan filem serta pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) pada 1991.



Allahyarham meninggalkan seorang isteri, tiga cahaya mata dan sembilan cucu. BH

Hashim Abdul Rahman meninggal dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Puteri Sarah Lebih Cantik Pakai Baju Nikah – Netizen

Cincin tunang Shuib & Watie, lain dari yang lain



Nak beli mainan dengan adik, budak 6 tahun pandu kereta sejauh 2.5 km mengalami kemalangan [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker