Boeing Pantau Nahas Sriwijaya Air Indonesia

Terkini di My KMU !!!!---->

JAKARTA – Pengeluar pesawat yang berpangkalan di Amerika Syarikat, syarikat Boeing turut tampil memberi respons awal berhubung insiden pesawat Sriwijaya Air SJ182 737-500 terhempas di Indonesia, lapor portal CNBC Indonesia.

Syarikat Boeing yang tersenarai di Bursa New York menyatakan pihaknya sedia maklum berhubung nahas membabitkan pesawat

Sriwijaya Air dari Jakarta ke Pontianak sebelum terputus hubungan dan dipercayai terhempas di perairan Pulau Lancang, Kepulauan Seribu.

“Kami sedia maklum tentang laporan media dari Jakarta dan masih terus memantau keadaan,” menurut Boeing di akaun Twitter rasmi menerusi satu perkongsian malam semalam.

“Kami sedang berusaha untuk mendapatkan lebih banyak maklumat,” tambah syarikat pengeluar kapal terbang yang juga pesaing Airbus.

Insiden terbaharu itu menambah rekod kemalangan udara membabitkan pesawat keluaran Boeing. Dua nahas buruk yang masih diingat ramai ialah pesawat Boeing 737 Max 8 yang digunakan syarikat penerbangan Lion Air.

Pesawat Lion Air JT 610 yang berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta ke Lapangan Terbang Depati Amir, Pangkalpinang.

Kapal terbang itu dilaporkan terhempas selepas 13 minit berlepas pada 29 Oktober 2018 sekali gus mengorbankan semua 189 penumpang dan anak kapal.

Selain itu, pesawat jenis sama Boeing 737 Max 8 yang digunakan syarikat penerbangan Ethiopian Airlines dilaporkan terhempas pada 10 Mac 2019. Kemalangan itu membunuh semua 157 penumpang dan anak kapal. – Agensi

Leave a Reply