Pelaburan asing di Malaysia merudum, negara jiran naik mencanak


Menteri Kewangan kerajaan PN diselar oleh netizens serta pelabur asing semalam setelah dia buat posting yang memberi gambaran bahawa pelaburan dalam negara tetap tinggi tahun 2020 lepas dengan angka melebihi RM100 bilion.

Dia diselar sebab ramai anggap dia tidak jujur, cuba menyorok keadaan sebenar dan memberi gambaran yang salah berhubung pelaburan asing.

Erti kata lain, ramai yang tidak senang dengan sikap yang dianggap “syiok sendiri” dalam posting Menteri Kewangan semalam.

Realitinya ialah pelaburan asing dalam negara sudah jatuh teruk setiap tahun sejak PRU14.



Jika tak percaya, cuba fikir balik apa pelaburan asing signifikan yang pernah diumumkan kerajaan PH dan PN sejak 3 tahun dahulu?

Pelaburan asing pada tahun lepas (setakat suku 3) adalah amat buruk sekali dan sebenarnya menjadi negatif pada suku ke-3 apabila beberapa pelaburan asing sedia ada di Malaysia berpindah ke negara jiran.

Saya faham pelaburan asing di Malaysia tahun lepas mungkin terjejas akibat Covid tapi ramai juga yang tertanya-tanya kenapa pelaburan asing di negara-negara jiran mencanak naik pula?



Najib Razak

Ekonomi merudum, Pakatan menembak kaki sendiri – Najib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker