Bukan dibunuh Inspektor Polis tetapi mangsa membunuh diri
PETALING JAYA: Polis menafikan seorang pegawainya yang berpangkat inspektor terbabit dalam kes bunuh seorang lelaki di sebuah kondominium di Cheras pada Khamis lalu, sebaliknya ia membabitkan kes bunuh diri.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kamera litar tertutup dalam lif mendapati mangsa masuk ke lif berseorangan dan keluar di tingkat 20.
“Turut dijumpai di Tingkat 20 adalah satu tin arak dan satu pelitup muka yang telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk pengesanan.
“Pihak polis menafikan mangsa dibunuh seorang pegawai polis berpangkat inspektor seperti mana maklumat tersebar di media sosial. Saya menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran kepada orang awam,” katanya dalam kenyataan.
Jalil berkata, polis menerima laporan pada 8.05 malam 30 Dis lalu berhubung satu kejadian jatuh bangunan membabitkan seorang lelaki tempatan.
“Sepasukan anggota dari Balai Polis Salak Selatan ke lokasi kejadian dan mendapati seorang warga tempatan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan mangsa dipercayai terjun dari Tingkat 20 kondominium berkenaan.
“Maklumat lanjut yang diperolehi daripada saksi mendapati mangsa tinggal berseorangan dan isteri mangsa keluar dari rumah sejak 7 Dis akibat masalah rumah tangga hingga menyebabkan mangsa mengalami tekanan.”
Bukan dibunuh Inspektor Polis tetapi mangsa membunuh diri
Baca Artikel Menarik:
- Lelaki anti Islam dikecam, buat origami pakai helaian al-Quran
- Gigit tukang cuci, Harimau Malaya ditembak mati
- Isu ‘rogol’, Fauzi Nawawi bawa diri ke Sabah, nama kena ‘reject’
- Noki tidak berbaju: Jual elemen sensasi demi trending?
- Tiada lagi pengeluaran KWSP – Tengku Zafrul
- Kisahnya…Baru Tahu Rupa-Rupanya Cecair Antiseptik Boleh Guna Untuk 4 Perkara Ini!
- Anak dedahkan ayah kena HIV kerana tiduri ramai lelaki (Video)
- Rombak kabinet, tukar menteri tidak efisien
- Firdaus Wong Mahu Sashi Kumar DiTahan?
- Saya rapat dengan Zul Ariffin – Ruhainies
- Resepi Ayam Goreng Serai Thai
Layari Laman Facebook MYKMU.NET