Sarawak, Kelantan beralih ke Fasa 4 PPN Isnin ini

Sarawak, Kelantan beralih ke Fasa 4 PPN Isnin ini

Kerajaan bersetuju Sarawak dan Kelantan beralih ke Fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa 3 Januari ini, kata Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin Hussein.

Katanya, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kerajaan telah bersetuju supaya negeri-negeri berikut beralih Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa Isnin, 3 Januari 2022.

“Sarawak beralih dari Fasa 3 ke Fasa 4 dan Kelantan beralih dari Fasa 3 ke Fasa 4. Dengan peralihan fasa bagi kedua-dua negeri berkenaan, bermakna kesemua negeri di Malaysia telah beralih ke Fasa 4 PPN,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dia turut memaklumkan, prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa 4 PPN adalah sama dengan sebelum ini dan keterangan SOP terkini akan dikemaskini oleh MKN di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my.

Dalam pada itu, Hishammuddin merakamkan penghargaan dan tahniah kepada semua pihak khususnya kerajaan negeri yang bertungkus-lumus mengurus situasi pandemik Covid-19 di negeri masing-masing.

Namun pada masa yang sama, dia menyeru orang ramai agar tidak berasa terlalu selesa memandangkan Covid-19 masih merupakan ancaman kepada keselamatan dan kesihatan terutama dengan penularan varian Omicron.

“Semua pihak harus terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dengan penuh disiplin dan bertanggungjawab.

“Pakai pelitup muka, amal penjarakan fizikal, dapatkan dos penggalak sekiranya layak, lakukan ujian pengesanan Covid-19 secara berkala dan amalkan TRIIS (uji, lapor, asingkan, maklumkan, dapatkan rawatan segera) dengan sebaik mungkin,” katanya lagi. Mk

Sarawak, Kelantan beralih ke Fasa 4 PPN Isnin ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis rayu dana untuk selamatkan Ariq Rizqy

Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker