Rakyat Kelantan jangan alpa walaupun sudah Fasa Empat PPN

JELI – Kerajaan Kelantan mengingatkan rakyat supaya tidak alpa sebaliknya terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) selepas negeri tersebut akan beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa Isnin.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, peralihan PPN itu bukan tiket untuk rakyat tidak terus patuh kepada SOP Covid-19 sedia ada sebagaimana ditetapkan oleh kerajaan sebelum ini.

“Kita masih lagi berdepan ancaman Covid-19. Harus diingat ada varian baharu iaitu Omicron yang boleh tersebar dengan cepat. Ini semua ujian-ujian (dari ALLAH) yang perlu dihadapi dengan sabar,” katanya kepada pemberita selepas turun padang meninjau situasi terkini banjir dan menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terjejas di Masjid At-Taqwa Kampung Lakota di sini, pada Jumaat

Selepas itu, Ahmad ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kesedar/Pasti Bukit Lakota dan Kuala Balah untuk menyampaikan bantuan.

Seramai 85 keluarga menerima bantuan berupa barangan keperluan harian.

Menurutnya, Kerajaan Negeri Kelantan mahu peraturan-peraturan yang telah sedia ada itu terus dipatuhi sebaik mungkin.

Beliau berkata, pematuhan SOP penting dalam usaha mencegah dan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dalam kalangan masyarakat di negeri itu.

Mengulas mengenai aktiviti ibadah di masjid, Ahmad berkata, perkara tersebut telah dipersembahkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bagi mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

“Selepas ini kita dapat mengadakan kuliah-kuliah di masjid; tazkirah, solat dalam keadaan saf yang lebih dekat dan sebagainya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad mengajak umat Islam di Kelantan untuk mengisi sambutan tahun baharu dengan mengadakan solat hajat dan bermunajat.

 

Rakyat Kelantan jangan alpa walaupun sudah Fasa Empat PPN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker