Syabu RM1.8 juta disorok dalam tayar basikal

Syabu RM1.8 juta disorok dalam tayar basikal

BUTTERWORTH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang berjaya merampas dadah dipercayai syabu dianggarkan bernilai lebih RM1.8 juta, yang disorokkan dalam tayar basikal kanak-kanak yang mahu dihantar menggunakan syarikat kurier.

Modus operandi penyeludupan bahan terlarang itu terbongkar apabila Unit Narkotik jabatan berkenaan menemui 10 kotak ‘parcel’ ketika membuat pemeriksaan di sebuah syarikat kurier di Pusat Perniagaan Raja Uda, di sini, kira-kira jam 6 petang Rabu minggu lalu.



Pengarah Kastam negeri, Abdul Halim Ramli, berkata hasil pemeriksaan awal yang dijalankan terhadap salah sebuah kotak itu mendapati ia mengandungi set rangka basikal kanak-kanak dan tayar bersama rim.

“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut mendapati di dalam tayar basikal itu tersorok bungkusan plastik lutsinar yang mengandungi hablur kristal disyaki dadah jenis methamphetamine.

“Susulan itu, pasukan merampas kesemua 10 kotak terbabit dan membawanya ke Pejabat Unit Narkotik di Kampung Kastam, Bagan Jermal, untuk pemeriksaan menyeluruh.

“Hasil pemeriksaan menyeluruh, pasukan menjumpai 104 bungkusan plastik lutsinar mengandungi hablur kristal disyaki dadah di dalam tayar basikal dalam 10 kotak berlainan, seberat lebih 18 kilogram (kg) dianggarkan bernilai lebih RM1.8 juta,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.



Mengulas lanjut, Abdul Halim berkata, hasil pemeriksaan terhadap dokumen pada semua bungkusan itu mendapati alamat pengirimnya adalah di Pulau Pinang dan barangan terbabit untuk dihantar ke salah sebuah negara di Oceania.

“Bagaimanapun setakat ini, kita tidak dapat mendedahkan identiti pengirim berkenaan. Siasatan lanjut sedang dijalankan dari pelbagai sudut.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Halim menggesa orang ramai supaya membantu JKDM untuk memerangi jenayah penyeludupan meliputi dadah, rokok, minuman keras, mercun, kenderaan dan lain-lain.



“Penyeludupan bukan saja merugikan negara dari segi kehilangan hasil, malah ia turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Orang awam yang mengetahui sebarang kegiatan berkaitan penyeludupan boleh menghubungi talian bebas tol kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam terdekat. JKDM memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan,” katanya. BH

Syabu RM1.8 juta disorok dalam tayar basikal


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kamal tak kisah Uqasha peluk Michael Ang ke?

Nabil sebak mangsa banjir ketuk cermin kereta kelaparan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker