Sungai di Terengganu lepasi paras bahaya

Sebaran :

Sungai di Terengganu lepasi paras bahaya

KUALA TERENGGANU: Paras air di kebanyakan sungai utama di Terengganu menunjukkan trend peningkatan susulan hujan berterusan sejak awal pagi tadi.

Berdasarkan laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga sungai melepasi paras bahaya dan satu sungai melepasi paras amaran, manakala dua lagi pada paras waspada.

Tiga sungai yang melepasi paras bahaya adalah Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut dengan bacaan 35.14 meter (m) berbanding paras normal 28.50m, Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu yang kini berada pada paras 19.73m (paras normal 16.50m) dan Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja, Dungun yang direkodkan pada bacaan 38.36 m (paras normal 34.50m).



Selain itu, Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu kini berada pada paras amaran apabila merekodkan bacaan 20.33m berbanding paras normal 17m.

Dua sungai yang kini berada pada paras waspada adalah Sungai Besut di Kampung La, Besut dan Sungai Setiu di Kampung Besut, Setiu masing-masing dengan bacaan 20.47m dan 16.54m.

Terdahulu amaran cuaca peringkat bahaya iaitu hujan sangat lebat berterusan dijangka melanda tiga negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga esok.

Amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada jam 1.25 petang ini menyebut kawasan terbabit di tiga negeri itu ialah Jeli (Kelantan), Kemaman (Terengganu) dan Kuantan (Pahang). BH



Sungai di Terengganu lepasi paras bahaya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis rayu dana untuk selamatkan Ariq Rizqy

Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *