Penularan Omicron, Umrah bakal ditangguhkan?
SIK – Kerajaan akan menilai risiko penularan Covid-19 varian Omicron di Arab Saudi dan jemaah tempatan sebelum membuat keputusan menangguhkan ibadah umrah buat sementara waktu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, perbincangan lanjut akan dilakukan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam menjaga keselamatan mereka yang menunaikan ibadah berkenaan.
Menurutnya, buat masa sekarang, pihaknya berharap jemaah umrah terus mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh KKM dan juga pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi.
“Kita akan dapat petunjuk daripada KKM nanti (berhubung Covid-19 varian Omicron). Umrah ini terletak di bawah MOTAC bukan bawah bahagian hal ehwal agama, jadi pihak saya akan berbincang dengan MOTAC dengan KKM.
“Saya tidak dapat komen lebih sehingga perbincangan dan maklumat lanjut diperoleh,” katanya katanya ketika ditemui di Sik pada Khamis.
Idris berkata demikian ketika ditemui selepas Program Dialog Bersama Tuan Guru Pondok Negeri Kedah di Madrasah Ar Rahmaniah Pondok Tuan Guru Haji Salleh.
Hadir sama, Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman.
Pada majlis itu, Idris menyampaikan sumbangan Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berjumlah RM290,000 kepada Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama (HESA) Kedah dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negeri ini.
Dalam pada itu, Idris berkata, kerajaan meminta mereka yang baharu sahaja pulang dari menunaikan umrah tidak keluar rumah dan berdisiplin dalam tempoh kuarantin yang ditetapkan oleh KKM.
“Kalau boleh kita harap jemaah umrah yang baharu pulang dapat ujian Covid-19 setiap hari dan tidak perlu keluar dari rumah supaya tiada jangkitan, kuarantin dulu di rumah,” katanya.
Pada Selasa, media melaporkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kerajaan mungkin menangguhkan ibadah umrah jika situasi penularan varian Omicron di Arab Saudi meningkat dan jangkitan dalam kalangan jemaah tempatan berada pada tahap membimbangkan.
Bagaimanapun, buat masa ini belum lagi sampai tahap menangguh ibadah umrah dan kerajaan tidak mahu melakukan keputusan terburu-buru.
Penularan Omicron, Umrah bakal ditangguhkan?
Baca Artikel Menarik:
- Air terjun Lata Berangin deras menggerunkan (Video)
- Amaran hujan tahap bahaya di 8 negeri hingga Ahad ini
- Kelah merah RM3,100 rezeki pasca banjir
- Anzalna sebak ganti Siti Sarah
- Waspada dengan kecurian data daripada RFID
- Taufan badai Malaysia bukan lagi lawak, waspadalah
- Banjir Pahang: Timbunan kayu bukan sisa balak
- Padah tumbuk muka isteri hingga koyak hidung
- Banjir, 10 jam duduk atas bumbung dengan kucing dan ular sawa
- Tertinggal isteri selepas isi minyak (Video)
- Hishammuddin ucap penghargaan buat Sharifah Shahirah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang
You must be logged in to post a comment.