Kepala air punca balak hanyut di Karak
Kepala air punca balak hanyut di Karak
Kepala air yang berlaku selepas hujan lebat dikenalpasti punca longgokan sisa pokok dan balak terdampar di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Karak, Bentong hingga menyebabkan laluan terbabit ditutup sementara beberapa hari.
Kejadian kepala air yang terlalu deras itu datang dari Sungai Kerau, selepas hujan lebat turut membawa bersama balak hanyut di jambatan Sri Telemong Jalan Karak-Pelangai, berhampiran kawasan itu.
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, pihaknya melakukan siasatan di tempat kejadian bagi mencari punca berlakunya kejadian balak dan sisa pokok hanyut di dua tempat terbabit.
Menurutnya, hujan lebat selama tiga hari berturut-turut bermula 16 Dis yang menyebabkan paras air Sungai Temeriak meningkat secara luar biasa hingga berlakunya kejadian kepala air.
Katanya, peningkatan paras air sungai menyebabkan kadar kelajuan sungai terbabit menjadi amat tinggi, ditambah dengan sungai menuruni bukit mengakibatkan impak kepala air yang lebih kuat hingga membawa sisa kayu, pokok besar serta kejadian tanah runtuh.
“Pemantauan udara menggunakan dron telah dilakukan. Kita dapati tidak ada sebarang aktiviti pembukaan hutan di dalam Hutan Simpan Lentang.
“Kawasan Hutan Simpan Lentang dikelaskan sebagai Hutan Tadahan Air yang diwartakan semenjak 2002,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Beliau berkata demikian selepas meninjau kawasan Kampung Telemong, dekat Bentong hari ini.
Turut sama Ketua Penolong Pengarah (Penguat Kuasa) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Nor Azirim Ahmad dan Pegawai Hutan Daerah (PHD) Bentong, Haffiz Baharuddin.
Mohd Hizamri berkata, kepala air yang berlaku turut berpunca daripada Sungai Kerau dan Sungai Timbul yang mengalir dari hutan Simpan Lentang yang kemudiannya melalui kawasan tanah milik sebelum tersangkut di jambatan.
Beliau menambah, antara bukti tidak ada aktiviti pembalakan di kawasan terbabit ialah pokok pelbagai saiz tumbang dan hanyut selepas tercabut bersama akar dan tidak ada kesan tebang.
Katanya, penduduk di kawasan terbabit turut melihat kejadian kepala air yang begitu deras dan menghanyutkan bersama balak termasuk sisa pokok.
“Saya berharap masyarakat tidak terus menyalahkan kerajaan dalam hal ini kerana kita sentiasa berusaha menjaga alam sekitar serta kepentingan masyarakat setempat.
“Kejadian banjir yang berlaku minggu lalu dianggap luar biasa berikutan hujan yang berlaku selama tiga hari berturut-turut,” katanya.
Sementara itu, penduduk Kampung Sri Telemong, Yeong Onn Hong berkata, arus air deras membawa bersama sisa pokok yang patah dan tercabut seterusnya tersekat dekat jambatan Kampung Sri Telemong.
“Di kawasan ini tidak terdapat aktiviti pembalakan dan sebagai penduduk setempat saya memberi jaminan kejadian balak hanyut disebabkan kepala air yang terlalu deras,” katanya. FMT
Kepala air punca balak hanyut di Karak
Baca Artikel Menarik :
- Lagu ciptaan Faizal dirakam semula bintang pop China
- Jebat JD, pegawai polis disiasat dedah maklumat tangkapan Long Tiger
- Banjir serentak mulai Jumaat ini dijangka di Pantai Timur
- Shahidan sindir yang minta i-Citra tak turun pun bantu
- Rider Terbang Dilanggar Honda CR-V (Video)
- Lelaki dikecam susahkan pengusung keranda (Video)
- Curi RM25 juta: Pegawai kanan SPRM ditahan di penjara
- Hugo Maradona meninggal dunia setahun selepas Diego
- Jual kereta terpakai dengan harga RM1
- Isteri Atu Zero Geram Servis AirAsia Teruk?
- Suri rumah dicabul dekat parkir kereta Tamarind Square
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.