Teguhkan Identiti Ahli Sunah Waljamaah, Jangan Ambil Mudah, Akidah Umat Islam Kian Terancam…

Teguhkan Identiti Ahli Sunah Waljamaah, Jangan Ambil Mudah, Akidah Umat Islam Kian Terancam…

DALAM meneguhkan lagi identiti diri individu beragama Islam di Malaysia dan nusantara dengan kefahaman ahli Sunah Waljamaah, sebuah seminar Akidah dan Pemikiran Islam Peringkat Antarabangsa 2021 (SAPIA2021) telah diadakan baru-baru ini dengan mengangkat tema Akidah Ahli Sunah Waljamaah (ASWJ) Melestarikan Keharmonian Masyarakat.

Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr. Mohd Hasrul Shuhari berkata, antara objektif seminar itu adalah untuk membincangkan implementasi ilmu akidah dan pemikiran Islam dalam pembangunan dan kehidupan masyarakat kontemporari.



Selain itu ia turut membincangkan isu-isu kontemporari ilmu akidah dan pemikiran Islam menurut pegangan Ahli Sunah Waljamaah yang menjadi tonggak kekuatan umat Islam di Malaysia khususnya dan dunia Islam amnya.

Bertasbih

Usaha mempertahankan Akidah Ahli Sunah Waljamaah adalah tugas semua umat Islam.

1. Penegasan bahawa Akidah Ahli Sunah Waljamaah merupakan pegangan majoriti umat Islam berdasarkan manhaj al-Asha’irah dan al-Maturidiyyah.



2. Usaha mempertahankan Akidah Ahli Sunah Waljamaah bukan hanya menjadi tugas ulama, pemerintah dan cendekiawan Muslim, tetapi menjadi tugas semua umat Islam dalam kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan bernegara.

3. Umat Islam harus berusaha meningkatkan kualiti iman, Islam dan ihsan berdasarkan kefahaman Ahli Sunah Waljamaah.

4. Penguatkuasa agama dan orang awam perlu merujuk fatwa yang dikeluarkan badan fatwa rasmi negeri/negara bagi membendung penyelewengan akidah dalam kalangan umat Islam.

5. Pembangunan indeks pematuhan diperlukan untuk diguna pakai oleh semua masjid, surau dan agensi berkuasa bagi memastikan setiap individu mengetahui ciri-ciri sebenar Ahli Sunah Waljamaah, melaksanakannya seterusnya menghalang kemasukan-kemasukan fahaman menyeleweng yang mempengaruhi masyarakat.



6. Masyarakat juga perlu memberi perhatian serius terhadap golongan liberal dan idea liberalismenya menerusi langkah-langkah afirmatif bagi memperteguhkan manhaj Ahli Sunah Waljamaah yang menjadi identiti kepada aliran majoriti umat Islam sejak zaman berzaman sebagai aliran wasatiyyah sebenar yang berpegang kepada keseimbangan antara wahyu dan akal, serta ijmak ulama yang muktabar dan adab al‐ikhtilaf bagi mengelakkan perselisihan yang membawa kepada perpecahan.

aqo0lnkfipbd6mn3kakk

Umat Islam harus berusaha meningkatkan kualiti iman, Islam dan ihsan berdasarkan kefahaman Ahli Sunah Waljamaah.

Seminar ini dianjurkan oleh Pusat Pengajian Usuluddin Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu Malaysia, dengan kerjasama Universitas Islam Negeri KH Achmad Siddiq (UIN KHAS), Jember Indonesia dan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan.



Resolusi dicatat berdasarkan intipati ucapan aluan oleh Dekan FKI Prof. Dr. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, ucapan perasmian oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UniSZA Tan Sri Dr. Abdullah Md Zin, pembentangan Ucaptama oleh Prof. Dr. Kiyai Abdul Halim Soebahar dari UIN KHAS, Pembentangan Utama oleh Mufti Wilayah Persekutuan Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman Abdullah, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Sahibus Samahah Datuk Mohd Yusof Ahmad, dan Prof. Madya Dr. Ahmad Bazli Shafie dari Pusat Pengajian Usuluddin, UniSZA.

“Resolusi ini menzahirkan kepentingan penegasan identiti diri setiap Muslim dan juga negara di Malaysia dan nusantara mesti berdasarkan kefahaman Ahli Sunah Waljamaah.

“Khususnya di Malaysia, istilah Ahli Sunah Waljamaah telah disebut secara umum yakni istilah Ahli Sunah Waljamaah atau khusus yakni nama mazhab atau nama ulama pengasas mazhab dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Negeri dan Jawatankuasa Fatwa Negeri,” katanya.

Antara negeri yang sebut secara khusus:



1. Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan, dinyatakan bahawa: “Ahli Sunah Waljamaah maknanya ialah mazhab Abu Al-Hassan Al-Asha’ri dan Abu Mansur Al-Maturidi dan orang yang mengikut jejak langkah keduanya.”

2. Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 22 April 2015 telah mengambil maklum antaranya ialah:

(a) Umat Islam di Malaysia secara umumnya berpegang kepada mazhab Ahli Sunah Waljamaah, akidah berasaskan mazhab Asya’riah dan al-Maturidiah dan feqah berdasarkan mazhab Syafie.

(b) Ajaran agama berasaskan pegangan Ahli Sunah Waljamaah merupakan ajaran yang sederhana atau wasatiah. Ajaran yang diamalkan oleh umat Islam di Malaysia sejak sekian lama ini ternyata menjamin keamanan, kesejahteraan dan keharmonian dalam menjalani kehidupan bermasyarakat.



Berdoa

Sentiasa berdoa kepada Allah agar ditetapkan iman dan ditunjukkan jalan yang lurus.

3. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan yang bersidang pada 25 Februari 2016 telah bersetuju menerima cadangan takrifan berkaitan Ahli Sunah Waljamaah iaitu merujuk kepada kelompok majoriti umat Islam mereka yang berpegang dengan ajaran Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran dan panduan Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan para ulama Islam muktabar serta berpegang dalam hal berkaitan dengan;

(a) Akidah dan Tauhid, berdasarkan pegangan Imam Abu Hasan al-Ash’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi.

(b) Fiqh dan Syariah, berdasarkan mazhab Shafii di samping meraikan mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali.

(c) Tasawwuf, berdasarkan manhaj ulama sufi berwibawa seperti Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.

4. Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah pada 24-26 Mei 2016 telah bersetuju antaranya memutuskan bahawa umat Islam hendaklah berpegang dalam hal berkaitan dengan;

(a) Akidah dan Tauhid, berdasarkan hanya kepada pegangan Imam Abu Hassan al-Ash’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi.

(b) Fiqh dan Syariah, berdasarkan Mazhab Syafi’i di samping meraikan mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali dan pandangan Imam-imam muktabar yang lain.

(c) Tasawwuf, berdasarkan manhaj sufi berwibawa seperti Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.

5. Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman yang bersidang pada 20 Mac 2016, diputuskan bahawa umat Islam di Negeri Kedah mesti berpegang dengan kefahaman Ahli Sunah Waljamaah berdasarkan perkara 33A Undang-undang Tubuh Negeri Kedah Tahun 1959. Fatwa di Kedah ini memperincikan aliran Ahli Sunah Waljamaah yang dimaksudkan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Kedah tersebut iaitu;

(a) dari segi akidah, berpandukan kepada manhaj Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi;

(b) dari segi syariat, berpandukan kepada mazhab Imam al-Syafie, manakala tiga mazhab yang muktabar iaitu Hanafi, Maliki dan Hanbali boleh dirujuk dan digunakan dalam menyelesaikan masalah-masalah tertentu; dan

(c) dari segi tasawuf, hendaklah berpegang dengan Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali, manakala aliran tasawwuf muktabar yang lain boleh diamalkan selagi ia tidak bertentangan aliran Ahli Sunah Waljamaah.

6. Terkini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 23 September 2021 meluluskan sebulat suara usul melakukan satu pindaan ke atas Seksyen 2 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 untuk memperkukuhkan maksud tafsiran Ahli Sunah Waljamaah bagi menjadi pegangan umat Islam di negeri ini.

Berdasarkan teks ucapan pembentangan usul Ketua Menteri Melaka, terdapat pelbagai doktrin yang jelas bertentangan dengan akidah Ahli Sunah Waljamaah. Beliau membentangkan isu seperti Syiah, amalan khurafat di Pulau Besar, Ajaran Panji Langit, Hizbu Tahrir Malaysia, Asalama, Millah Abraham, Syahadah dan Zikir Nafas oleh Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (PERAHMAT) serta aktiviti perbomohan yang meragukan.

Dibentangkan juga tentang bahaya pemikiran liberalisme, pluralisme dan Anti Hadith, serta dizahirkan kebimbangan terhadap gerakan Wahabi dan Salafi yang ektremis dan sering membidaah serta mengkafirkan amalan-amalan khilafiyyah seperti wirid, tahlil, zikir, sambutan Maulidur Rasul dan lain-lain sebagai amalan yang sesat.

Menurutnya, cadangan untuk memperkukuhkan maksud Ahli Sunah Waljamaah bagi Negeri Melaka adalah tepat pada masa bagi memelihara keselamatan dan keamanan Negeri Melaka daripada gejala perpecahan dan pergaduhan sesama Muslim.

“Oleh itu, resolusi seminar ini memerlukan penegasan, sokongan dan perhatian serius semua pihak dalam meneguhkan lagi identiti diri individu di Malaysia dan Nusantara dengan kefahaman Ahli Sunah Waljamaah. Di samping pendidikan, aspek penguatkuasaan juga mesti selari dan seiring,” katanya.

Teguhkan Identiti Ahli Sunah Waljamaah, Jangan Ambil Mudah, Akidah Umat Islam Kian Terancam…

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kamal tak kisah Uqasha peluk Michael Ang ke?

Nabil sebak mangsa banjir ketuk cermin kereta kelaparan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker