Tular kepala lelaki tersepit ketika naik eskalator

Beberapa orang individu terpaksa membantu seorang lelaki apabila kepalanya tersepit sewaktu menaiki eskalator. – TikTok

JAKARTA – Satu video yang menunjukkan kepala seorang lelaki tersepit pada eskalator menjadi tular di media sosia Indonesia baru-baru ini, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video tersebut dimuat naik menerusi aplikasi TikTok @anggasschr, sekali gus membuatkan netizen tertanya-tanya bagaimana perkara tersebut boleh berlaku.

“Kepala tersepit ketika menaiki eskalator,” demikian kenyataan dimuat naik bersama video tersebut.

Peristiwa itu dikatakan berlaku di pusat beli belah Mangga Dua, Jakarta Tengah.

Beberapa orang pengunjung dilihat turut membantu mengeluarkan kepala lelaki yang tersepit itu sehingga ia berjaya dikeluarkan.

Netizen yang menonton video itu kemudiannya meninggalkan pelbagai komen dengan rata-ratanya berasa hairan tentang bagaimana insiden itu boleh berlaku.

“Adakah dia (mangsa) menaiki eskalator sambil menunduk? Bagaimana kepalanya boleh tersepit begitu?” kata seorang pengguna.

“Nampaknya, mungkin dia menaiki eskalator sambil melihat ke bawah dan tidak sedar ada tembok di bahagian atas,” komen seorang netizen lain.  – AGENSI

Tular kepala lelaki tersepit ketika naik eskalator


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kamal tak kisah Uqasha peluk Michael Ang ke?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker