Pembersihan etnik umat Islam India, OIC kena bertindak

Pembersihan etnik umat Islam India, OIC kena bertindak

Seluruh negara Islam dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) digesa bertindak segera terhadap kenyataan terbuka pertubuhan serta pemimpin agama di India yang menyeru agar dilakukan pembersihan etnik umat Islam di negara tersebut.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, seruan bunuh dan menyerang tempat ibadat Islam dilaungkan para penceramah sidang kemuncak pada 17 Disember lalu di bandar Haridwar anjuran sebuah pertubuhan penuh kontroversi yang dikaitkan dengan parti pimpinan Perdana Menteri India, Narendra Modi.



Malah, katanya, lebih mengejutkan apabila seorang pemimpin kumpulan itu secara terbuka menyeru pembunuhan besar-besaran terhadap umat Islam agar dilancarkan sekali gus memperoleh sorakan orang ramai menyertai perhimpunan berkenaan.

“Kempen dan ucapan benci kepada Muslim dan minoriti yang lain kini semakin memuncak di India, malangnya tidak ada tindakan dari pihak berkuasa India.

“Ucapan puak pembenci dan melafazkan kebencian kepada Muslim bukan sahaja melanggar perlembagaan dan undang-undang India, malah jelas akan mencetus ketegangan antara rakyat India,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Menurut Mohd. Azmi, pihaknya memandang serius perkembangan itu apatah lagi dikeluarkan oleh satu kumpulan yang berkaitan dengan kerajaan pimpinan Modi.

“Kami mengutuk dengan keras sikap dan dasar jahat kumpulan ini yang mahu menghapus dengan cara membunuh semua Muslim di negara itu. Ini jelas, pengisytiharan oleh penceramah dalam perhimpunan tersebut terhadap pembunuhan besar-besaran umat Islam tidak boleh dipandang ringan,” katanya.

Mohd. Azmi berkata, Mapim mendesak seluruh negara Islam dan OIC agar tidak berdiam diri dan mesti bertindak segera memberi tekanan kerajaan Modi supaya menghentikan polisi diskriminasi terhadap kaum Muslim dan kaum minoriti lain.

“Mapim mengingatkan bahawa umat Islam tidak akan mendiamkan diri jika semboyan membunuh orang Islam di India dilancarkan. Kami menyeru supaya mereka yang menghormati hak minoriti, keadilan dan keharmonian supaya bangkit mengecam dan melakukan kempen untuk memboikot di atas agenda rasis ini,” katanya. Utusan



Pembersihan etnik umat Islam India, OIC kena bertindak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kamal tak kisah Uqasha peluk Michael Ang ke?



Nabil sebak mangsa banjir ketuk cermin kereta kelaparan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker