Pegawai kanan SPRM edar dadah dipenjara dua tahun

SHAH ALAM – Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikaitkan dengan kehilangan barang kes iaitu wang tunai berjumlah RM25 juta ditahan di Penjara Simpang Renggam, Johor kerana mengedar dadah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, pegawai SPRM yang berusia dalam lingkungan 40-an itu menjalani hukuman mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).

“Pegawai tersebut menjalani hukuman dua tahun kerana terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Sinar Harian pada 20 Oktober melaporkan pegawai tersebut ditahan berhubung dakwaan terlibat dalam pengedaran dadah sejak setahun lalu.

Razarudin yang ketika itu menjawat jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berkata, suspek ditahan pada 21 September kerana memiliki senjata api dan peluru.

Selain itu, polis turut menemui dadah jenis erimin 5 dalam pejabatnya di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Pegawai berkenaan turut dikaitkan dengan kehilangan wang tunai RM25 juta yang merupakan barang kes dalam siasatan SPRM membabitkan bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid.

Dapatkan laporan yang lebih eksklusif

Pegawai kanan SPRM edar dadah dipenjara dua tahun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kamal tak kisah Uqasha peluk Michael Ang ke?

Nabil sebak mangsa banjir ketuk cermin kereta kelaparan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker