Kes Covid-19 di Afrika cecah 9.51 juta

ADDIS ABABA – Jumlah kes Covid-19 yang disahkan di Afrika mencecah 9,519,699 setakat petang Selasa, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Afrika CDC), lapor Xinhua.

Angka kematian di seluruh benua itu berjumlah 227,708 dan jumlah yang pulih pula kira-kira 8,556,200, katanya.

Afrika Selatan mencatatkan kes Covid-19 terbanyak di Afrika dengan 3,417,318 kes, diikuti oleh negara Afrika Utara iaitu Maghribi dengan 956,410 kes, kata agensi kesihatan itu.

Afrika Selatan adalah wilayah yang paling terjejas, diikuti oleh bahagian utara dan timur benua, manakala Afrika tengah paling kurang terjejas, menurut Afrika CDC. – Bernama

Kes Covid-19 di Afrika cecah 9.51 juta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kamal tak kisah Uqasha peluk Michael Ang ke?

Nabil sebak mangsa banjir ketuk cermin kereta kelaparan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker