Amaran cuaca buruk di 5 negeri
Amaran cuaca buruk di 5 negeri
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat kuning akibat luruan monsun yang sedang berlaku dan hujan lebat dijangka berterusan sehingga 3 Jan depan di Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
Menurut kenyataan MetMalaysia hari ini, amaran hujan berterusan dikeluarkan untuk kawasan di Sabah seperti di Tawau, Sandakan dan Kudat bermula hari ini sehingga 2 Jan depan.
Sementara itu, hujan lebat dijangka bermula Khamis ini hingga 1 Jan di seluruh Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan seperti di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
Di Pahang, antara kawasan terlibat adalah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, selain Mersing di Johor.
Menurut MetMalaysia, angin bertiup dari arah timur laut dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit. FMT
Amaran cuaca buruk di 5 negeri
Baca Artikel Menarik :
- Berlakon Bantu Mangsa Banjir, Sila Kembali Ke Hollywood – TMJ
- 2 ADUN Warisan keluar parti ikut langkah 3 ADUN sebelum ini
- Aksi rehat separuh masa pertama rentap nyawa pemain
- Majlis kahwin artis disiasat langgar SOP
- Taikun Cina rakan kongsi Mahathir – Najib
- Paru-paru Ebby Yus mungkin perlu ditebuk
- Kucing setia menunggu di pusara tuannya
- Tiada tindakan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM?
- Badrul Muhayat nafi melarikan anaknya
- KL Sentral Pasti Sunyi Tanpa Busking Dari Abang Meor, Pemergiannya Buat Ramai Sedih [VIDEO]
- Saya bukan sengaja memakai kostum Captain America bantu mangsa banjir
Layari Laman Facebook MYKMU</a