WCEF2021: Najib gesa kerjasama antarabangsa kawal kenaikan harga barang

WCEF2021: Najib gesa kerjasama antarabangsa kawal kenaikan harga barang

Bekas Perdana Menteri, Najib Razak menggesa kerjasama peringkat antarabangsa bagi mengawal inflasi harga makanan global ketika dunia sedang berdepan impak wabak Covid-19.

Beliau berkata, banyak nyawa terkorban, harga saham menjunam dan gangguan terhadap rantaian bekalan akibat penularan Covid-19.

Katanya, dunia menderita kesan pasca pandemik disebabkan permintaan semakin lemah dan sumber bekalan tidak menentu selepas ekonomi dibuka semula.

“Penduduk di seluruh dunia terkesan dalam aspek pendapatan, wang simpanan dan mata pencarian mereka berkurangan ekoran penutupan sempadan selama berbulan-bulan yang menghalang mereka daripada mencari nafkah.

“Apabila dompet rakyat terkesan, mereka akan merungut, tetapi apabila perut atau keluarga mereka menjadi mangsa, ia adalah soal hidup dan mati. Ibarat kata pepatah Melayu ‘sudah jatuh ditimpa tangga’,” katanya dalam Forum Ekonomi China Sedunia 2021 anjuran Institut Strategi Antarabangsa (ISI).

Najib menggesa dunia bersama mewujudkan infrastruktur vaksinasi global kerana vaksinasi mega adalah satu-satunya cara untuk mengawal pandemik dan mengehadkan kesannya ke atas ekonomi dunia.

Katanya, negara perlu membangunkan struktur yang pelbagai bagi memastikan penghantaran vaksin dari makmal kepada rakyat dalam tempoh lebih singkat.

Beliau menyeru pelabur melabur di Malaysia dan negara ASEAN supaya rantau ini mampu mengeluarkan vaksin secara kendiri bagi menangani impak pandemik dengan lebih efektif.

Najib turut menggesa kerajaan memanfaatkan perjanjian perdagangan bebas sedia ada seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) untuk menurunkan tarif dan kos operasi perniagaan, khasnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang merupakan tulang belakang ekonomi negara.

Forum Ekonomi China Sedunia 2021 ialah forum tahunan yang menghimpunkan 250 delegasi merangkumi pemimpin dunia, peneraju industri, usahawan dan belia bagi membincangkan isu ekonomi melibatkan kuasa besar global. FMT

WCEF2021: Najib gesa kerjasama antarabangsa kawal kenaikan harga barang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya

Nabila Huda berang dengan akak yang digelarnya bangsat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker