Cuepacs tak setuju keluar wang KWSP

PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) berpandangan tiada lagi keperluan untuk kerajaan membenarkan kemudahan mengeluarkan wang simpanan menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, sekiranya kemudahan itu diteruskan, ia akan memberi kesan kepada orang ramai terutamanya golongan pesara kerana memiliki jumlah simpanan KWSP terlalu rendah.

“Cuepacs tidak bersetuju sekiranya masih ada lagi cadangan untuk membenarkan pengeluaran wang KSWP memandangkan lebih RM100 bilion telah dikeluarkan sebelum ini.

“Jika pengeluaran secara besar-besaran ini terus dilakukan, kesannya kelak ramai yang akan bersara dengan jumlah simpanan KWSP terlalu rendah dan mungkin akan menjadi pesara yang miskin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Adnan, ekonomi negara dilihat semakin pulih dan kembali berkembang apabila kerajaan tidak lagi mengenakan sekatan yang ketat kepada pembukaan sektor tersebut.

Selain itu, rakyat juga tidak lagi dikenakan sekatan pergerakan dan kembali boleh melakukan aktiviti serta perniagaan masing-masing.

Sehingga kini kerajaan telah membenarkan beberapa siri pengeluaran wang KWSP kepada rakyat melalui kemudahan i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra. – K! ONLINE

Cuepacs tak setuju keluar wang KWSP


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker