Analisis PRN Sarawak: `Padang tak sama rata’ untung siapa?
JIKA anda sekarang di bandar raya Kuching atau Sibu, Bintulu dan Miri, okey sahaja capaian internetnya.
Tetapi keluar sahaja dari bandar-bandar itu menghala ke pinggir bandar, apa lagi pedalaman, `ke laut’ lah liputannya. Tenggelam timbul.
Kawasan-kawasan yang 4G nya rendah ini meliputi 64 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dari keseluruhan 82. Jentera-jentera parti waktu pilihan raya negeri ke-12 ini dibenarkan berkempen bersemuka. Dua jam sehari asalkan tidak lebih 10 malam.
Mesej-mesej pembangkang dari media sosial, khusus dari DAP, Parti Sarawak Bersatu dan Parti Bumi Kenyalang sukar tembus ke kawasan-kawasan ini.
Itu realiti komunikasi di Sarawak, sehinggakan timbul cakap-cakap `padang tak sama rata rugikan pembangkang’. Hanya parti yang memiliki kekuatan jentera sahajalah berpeluang berjumpa pengundi. Macam Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang ada segala.
Semalam, Ketua Menteri Sarawak yang mengetuai GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg melancarkan Pantu sebagai Daerah di Dewan Sri Pantu, 139 kilometer dari Kuching. Pantu dalam DUN Balai Ringin ini termasuk dalam 64 kerusi tadi yang diperketatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Bagaimana mahu berlaku adil? Mungkin sebaik sahaja DUN bubar, pergerakan jentera kerajaan parti penyandang terbubar automatik walaupun berfungsi sebagai caretaker. Bolehkah? Bolehkah seadil, seperti mana `layanan’ Pakatan Harapan terhadap Sarawak semasa 22 bulan memerintah.
Isu capaian internet rendah terus membelenggu Sarawak hingga hari ini. Kawasan DUN Balingian misalnya yang disandang Ketua Menteri Tun Abdul Taib Mahmud selama 13 tahun sejak 2001 juga berdepan masalah serupa. Abdul Taib mengosongkan kerusi itu pada 28 Februari 2014 setelah menjadi ketua menteri selama 33 tahun, kerana dilantik Yang Dipertua Negeri menggantikan Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin.
Awal bulan ini, seorang ahli parlimen pembangkang mendakwa janji capaian liputan internet 4G di seluruh Sarawak akan meningkat ke tahap 92 peratus menjelang 2022, sekadar untuk `pancing undi’ dalam pilihan raya negeri itu.
Khoo Poay Tiong, dari Kota Melaka meragui kenyataan seorang menteri selepas melihat capaian internet di Sarawak sangat teruk.
“Bagaimana boleh capai sasaran yang dijanjikan oleh menteri 92 peratus pada tahun depan kalau dalam kenyataannya kata akan belanja RM4 bilion, tetapi tahun depan hanya diperuntukkan RM700 juta,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Analisis PRN Sarawak: `Padang tak sama rata’ untung siapa?
Baca Artikel Menarik:
- Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik
- Batu nilam terbesar dunia ditemui
- Pemimpin DAP atur sidang Zoom raih sokongan jadikan Mahathir calon PM
- Menteri, timbalan isytihar akaun luar pesisir kepada SPRM
- Kenapa Lantik Individu Yang Dikaitkan Kes Rasuah Di India Ketuai DNB?
- Peniaga jumpa muntah ikan paus bernilai jutaan ringgit di Marang
- Najib dedahkan propaganda PAC untuk teruskan agenda DAP
- DAP meneruskan propaganda yang dimainkan mereka sejak tahun 2017 sebelum PRU14.
- Model 5G: Gesaan Muhyiddin memeranjatkan
- Najib sindir ‘kepakaran’ Mahathir guna kayu penyepit
- Saintis ramal ‘kiamat’ dari lautan satu atau dua abad lagi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PrnSarawak: Rakyat lebih penting berbanding keluarga saya – Abang Johari
You must be logged in to post a comment.