‘Harry Potter’ Jual Buku Edisi Pertama Harry Potter 1997 Dengan Harga RM157,245

‘Harry Potter’ Jual Buku Edisi Pertama Harry Potter 1997

LONDON – Edisi pertama siri buku fiksyen popular, Harry Potter yang diterbitkan pada 1997 dijual dalam satu acara lelongan pada harga £27,500 (RM157,245) oleh seorang individu bernama Harry Potter, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Potter, 33, menerima buku berjudul Harry Potter And The Philosopher’s Stone itu sebagai hadiah daripada mendiang bapanya selepas ia dilancarkan pada 1997.

Buku tersebut merupakan koleksi terhad memandangkan hanya 500 buah cetakan asal itu dihasilkan di seluruh dunia.

Menurut Potter, dia menyimpan buku tersebut di bawah tangga di kediamannya di Hampshire, England, sejak kematian bapanya pada 2017 akibat kanser.

Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk menjual buku tersebut bagi mengumpul dana untuk mensemadikan abu mayat mendiang bapanya di Afrika.

Ia dijual oleh firma lelongan Hansons Auctioneer kepada seorang pembeli dari Britain.

“Saya gembira buku itu terjual. Kami bercadang untuk menggunakan wang itu untuk membawa abu mayat bapa saya ke Kenya,” kata Potter. – AGENSI

‘Harry Potter’ Jual Buku Edisi Pertama Harry Potter 1997


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Perbezaan Kertas Pandora dan rantai ala Pandora

Kertas Pandora: ‘RM900 bilion tidak masuk akal’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker