Pemandu KPDNHEP dihukum mati edar ganja
Pemandu KPDNHEP dihukum mati edar ganja
Seorang pemandu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah mengedar ganja seberat 845.25g tiga tahun lalu.
Hakim Nurulhuda Nur’Aini Mohamad Nor menjatuhkan hukuman itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes dihadapi tertuduh Norazamuddin Mutalib, 40.
Norazamuddin turut diperintahkan menjalani hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan bagi pertuduhan kedua memiliki ganja seberat 64.27g, menurut laporan Kosmo.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengedar kanabis seberat 845.25g di hadapan sebuah rumah di Seksyen 1, Semenyih, Hulu Langat pada jam 1.30 pagi, 29 Jun 2018.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Norazamuddin didakwa memiliki dadah jenis sama seberat 64.27g dalam kebun bersebelahan Jalan Tanjung 15, Taman Sri Manjung, Semenyih, Hulu Langat pada jam 1 pagi, hari sama.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 ABD 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara seumur hidup atau lima tahun serta sebat sehingga 10 sebatan.
Baca Artikel Menarik :
- Mahathir kata individu minta RM100,000 untuk jumpa menteri’ pada waktu beliau jadi PM kali kedua
- Mahathir dedahkan Tony Pua angkuh, berlagak macam menteri
- Sanusi loklak, Puad pula ada di planet mana?
- Pendaki gunung jumpa harta karun di Mont Blanc
- Drama gay tampil pelakon Islam, JAKIM mahu rujuk SKMM
- Iqbal kecam Vida, nak naikkan gaji RM200 pun sampai bergaduh
- Ingat, Ismail pernah jual ikan di pasar pagi Temerloh
- Propaganda menipu berhubung Kampung Baru
- Model Ukraine jalin hubungan sulit dengan Putera Arab Saudi?
- Akibat kecewa, lelaki sebar video seksnya bersama bekas isteri
- Chanel ‘Koyak’ Dengan Pengguna TikTok Selepas Kalendar Berharga RM3,490 Dikecam
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Belanja Foto Seksi, Nabila Huda Kena Tazkirah Dengan Netizen
Zeti izinkan wang RM2.6 bilion dibawa masuk?