MIC harus ‘jatuh bangun’ dengan Umno
MIC harus ‘jatuh bangun’ dengan Umno
Pemilihan pucuk pimpinan MIC bagi penggal 2021-2024 berlangsung dengan hambar, tidak seperti penggal-penggal sebelum ini.
Proses berjalan lancar, dengan kira-kira 70% daripada 24,000 perwakilan layak mengundi di 4,000 cawangan keluar mengundi, bilangan terbesar bagi mana-mana parti politik.
Segelintir individu dalam parti berkata, pemilihan yang tenang ini mencerminkan kawalan penuh oleh Presiden SA Vigneswaran dan Timbalannya, M Saravanan, tetapi ada yang lain menganggap ketenangan luar biasa itu berkait dengan “ketidakpentingan” MIC yang semakin ketara dan bilangan kerusi yang terhad yang dijangkakan diterimanya pada pilihan raya umum akan datang (PRU15).
Perhimpunan agung parti itu, yang akan diadakan pada 12 Dis, mungkin tiada agenda penting untuk dibincangkan.
“Pimpinan mengambil kesempatan atas pemilihan yang luar biasa lancar ini untuk memanggil perhimpunan tahunan dan mula bersiap sedia menghadapi PRU15 yang akan menyaksikan calon MIC berkurangan berbanding sebelum ini,” kata seorang pemimpin.
“Tiada tunjuk bantahan terbuka pada pemilihan dan nampaknya sebarang tentangan kini berada bawah kawalan presiden dan timbalan presiden sepenuhnya. Lebih-lebih lagi sekarang setelah kebanyakan orang mereka telah diundi.
Persoalan yang timbul kini adalah nada bagaimana yang akan digunakan oleh presiden dalam ucapan dasarnya, memandangkan beliau mengeluarkan kata-kata tegas pada April di perhimpunan yang ditangguhkan tahun lepas, ketika Muhyiddin Yassin, pengerusi Perikatan Nasional (PN), menjadi Perdana Menteri.
Vigneswaran memuji Muhyiddin kerana memberikan jawatan menteri kepada MIC, walaupun tidak disyorkan oleh Barisan Nasional (BN), dan hanya mempunyai seorang Ahli Parlimen. Segelintir pemimpin terkejut apabila beliau berkata MIC akan terus menyokong Muhyiddin, walaupun Umno telah menarik sokongan kepada PN hanya seminggu sebelum itu.
“Senarionya berbeza ketika itu. Apa yang anda harap beliau akan katakan minggu depan? Sudah tentu, beliau akan memuji-muji Umno dan BN. Pilihan raya negeri (PRN) Melaka menunjukkan bahawa MIC akan kehilangan satu-satu kerusinya jika ia berada bawah PN,” katanya.
Satu lagi sumber berkata, Vigneswaran menyimpan perasaan tidak puas hati terhadap Umno pada masa lalu kerana mengiktiraf parti berasaskan kaum India yang menjadi pesaingnya, seperti Barisan Kemajuan India dan Makkal Sakthi, dengan mengorbankan MIC yang dirasakan telah banyak berkorban selama ini.
“Namun dalam senario politik semasa, MIC tiada pilihan selain mengisytiharkan sokongannya kepada Umno bagi memastikan ia tidak ditumpaskan pada PRU15,” katanya.
Bagaimanapun, Naib Presiden parti, T. Mohan, yang memperoleh undi terbanyak dalam kalangan tiga naib presiden yang dilantik, menafikan parti itu perlu merayu pucuk pimpinan Umno untuk mendapatkan sebanyak mungkin kerusi.
Katanya, terdapat kira-kira 40 kerusi di negara ini di mana pengundinya terdiri daripada lebih 15% berbangsa India, dan ini menjadikan MIC relevan bagi gabungan itu.
“Ini lebih-lebih lagi jika PN dan BN berpisah pada PRU15. Kita boleh membantu memberi keseimbangan yang memihak kepada BN di kebanyakan kerusi ini. Jadi, kelangsungan MIC adalah penting untuk BN kekal berkuasa,” katanya kepada FMT, walaupun parti itu tidak menjangkakan akan diberi kerusi sebanyak sebelum ini.
Beliau berkata, dari segi jentera parti di akar umbi, tiada siapa yang boleh mengalahkan Umno, MIC dan PAS yang boleh membantu mencondongkan kempen ke arah mereka.
Katanya, beliau menjangkakan MIC akan sedikit sebanyak pulih pada PRU15, memandangkan ramai golongan profesional muda telah mula menyertai parti itu.
“Ada antara mereka yang berfikiran berbeza kebelakangan ini. Berbanding berjuang membuat tuntutan dari luar, mereka rasa lebih baik jadi sebahagian daripada MIC yang mempunyai pengaruh ke atas kerajaan yang memerintah.” FMT
MIC harus ‘jatuh bangun’ dengan Umno
Baca Artikel Menarik :
- PrnSarawak: Beranikah Bersatu pecat Ali Biju?
- Dividen ASB lebih tinggi?
- Padah melalak tengah hutan, wanita disampuk
- 299 individu ‘kantoi’ kolam renang jadi ‘port’ parti liar
- Kronologi Berfakta Sanggah Dakwaan Kononnya UMNO Khianati Piagam Muafakat Nasional
- Patutlah saya telefon tak jawab, rupanya awak dah meninggal
- Merdeka 118 ikut bentuk jari Satu Malaysia Najib?
- Mengapa Mahathir, Muhyiddin bisu mengenai dakwaan suami Zeti terima dana 1MDB
- Demi ‘Nasi Kandar’ pelanggan sanggup beratur lebih setengah kilometer
- Remaja maut terkejut disergah hantu
- Shaheizy Sam semakin pulih
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Gelagat Sekumpulan Lelaki Keluarkan Mayat Rakan Dari Keranda Untuk Dibawa Berjalan [VIDEO]
Try It! This Tunnel Leads You On A Hike With A Scenic View Of Malaysia’s Tallest Highway [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.