Mahathir kata individu minta RM100,000 untuk jumpa menteri’ pada waktu beliau jadi PM kali kedua

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa tahap rasuah yang berlaku dalam pentadbiran negara telah memburuk sehingga terdapat individu diminta untuk memberi wang sebanyak RM100,000 hanya untuk membuat pertemuan dengan seseorang menteri.
Itu merupakan antara pendedahan yang dibuat oleh beliau menerusi buku biografi terbaharunya bertajuk ‘Capturing Hope’ yang menceritakan pengalamannya ketika menerajui semula negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
‘Capturing Hope’ menceritakan pengalaman Dr Mahathir dalam tempoh tiga tahun yang bermula ketika beliau kembali menjadi Perdana Menteri selepas PRU14 sehingga peletakan jawatannya pada awal 2020 dan rentetan peristiwa yang berlaku selepas dari itu.
Meskipun tidak mendedahkan tempoh pentadbiran menteri yang terlibat melakukan perkara itu, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau berharap rakyat dapat mengetahui bentuk rasuah yang berlaku di sekeliling mereka menerusi buku tersebut.
“Saya berharap ia akan menjelaskan kepada orang ramai apa berkenaan situasi pentadbiran negara yang tidak kompeten dan juga korup. Rasuah telah menjadi sangat buruk
“Kita dapati ia turut melibatkan perkara yang sederhana seperti keperluan untuk seseorang individu membayar sebanyak RM100,000 bagi berjumpa dengan seorang menteri. Ini adalah antara perkara yang berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi meja bulat bersama media untuk buku terbaharunya itu yang diadakan secara maya pada Selasa.
Dr Mahathir berkata, disebabkan situasi rasuah yang memburuk itu, Malaysia telah ketinggalan berbanding dengan negara jiran lain untuk menarik pelaburan besar ke dalam negara.
“Jadi, Malaysia kini berada di bawah kerana pelabur bimbang dan mereka mereka lebih suka pergi ke negara ASEAN (lain),” ujarnya.
Dalam, pada itu, Dr Mahathir berkata, beliau berkata, demokrasi negara juga tidak akan berfungsi sekiranya masyarakat tidak memerangi unsur rasuah yang menurutnya masih berlaku ketika proses pilihan raya umum (PRU) di dalam negara melalui aktiviti pembelian undi.
Sehubungan itu, beliau berkata, dalam isu menangani rasuah, PRU15 akan datang bakal menjadi pilihan raya terpenting dalam sejarah negara.
“Sekiranya PRU ini dimenangi oleh orang yang korup, kita akan jangkakan untuk mendapat kerajaan yang korup untuk PRU yang kemudian dan seterusnya. Ini kerana pilihan raya akan dilaksanakan dengan rasuah,” katanya.
Mahathir kata individu minta RM100,000 untuk jumpa menteri’ pada waktu beliau jadi PM kali kedua
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- PrnSarawak: Beranikah Bersatu pecat Ali Biju?
- Dividen ASB lebih tinggi?
- Padah melalak tengah hutan, wanita disampuk
- 299 individu ‘kantoi’ kolam renang jadi ‘port’ parti liar
- Kronologi Berfakta Sanggah Dakwaan Kononnya UMNO Khianati Piagam Muafakat Nasional
- Patutlah saya telefon tak jawab, rupanya awak dah meninggal
- Merdeka 118 ikut bentuk jari Satu Malaysia Najib?
- Mengapa Mahathir, Muhyiddin bisu mengenai dakwaan suami Zeti terima dana 1MDB
- Demi ‘Nasi Kandar’ pelanggan sanggup beratur lebih setengah kilometer
- Remaja maut terkejut disergah hantu
- Shaheizy Sam semakin pulih
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Najib: Bersatu susun propaganda untuk tumbangkan Ismail Sabri