Ruhainies tak mahu penonton muak tengok wajahnya

Ruhainies tak mahu penonton muak tengok wajahnya

Pelakon Ruhainies memaklumkan dia tidak terlalu memilih dalam mengambil sebarang tawaran lakonan sebaliknya mahu lebih tertumpu kepada keluarga.

Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, dia hanya menyasarkan dua atau tiga drama sahaja setiap tahun.

“Kali terakhir penampilan di televisyen (TV) adalah drama di Slot Akasia TV3 bersama pelakon Fadlan Hazim dan awal tahun ini sama juga hanya satu drama sahaja. Selalu awal tahun drama saya keluar. Saja nak bagi peminat rindu.

“Saya tak begitu memilih tapi saya sasar setiap tahun maksimum dua atau tiga drama sahaja saya buat. Kalau boleh tak nak lebih sebab saya nak bahagikan masa dengan keluarga. Banyak benda juga saya nak fokus.

“Dua atau tiga drama dalam setahun itu dah cukup. Ada yang terpaksa tapis mana karya yang sesuai denga saya, kena tengok juga lokasi penggambaran. Kalau di luar negara dan jadual saya tak kosong jadi saya memang takkan terima,” katanya.

Pelakon drama Bintang itu juga tidak mahu penonton merasa bosan apabila wajahnya sering keluar di kaca televisyen (TV).

“Bila asyik muka saya sahaja keluar TV, orang rasa akan muak. Saya tak mahu nampak wajah saya di mana-mana sangat.

“Saya akan susun jadual dan perancangan projek-projek saya supaya tak nampak terlalu padat sangat.

“Satu drama pun ambil masa dalam tiga atau empat bulan, jadi bayangkan kalau saya buat empat atau lima drama dalam setahun, jadi saya tak ada sangat ‘lifestyle’ sendiri, masa dengan keluarga juga tak ada sebab terlalu sibuk sangat dengan penggambaran,” ujarnya.

Memulakan karier pada 2014, Ruhainies mengakui kerjayanya kini semakin stabil dan mahu lebih memanfaatkan masa bersama keluarga.

“Saya dah lapan tahun dalam industri, lima tahun pertama saya banyak fokus pada karier saya sehingga saya kurang luangkan masa bersama keluarga.

“Nama saya pun dah stabil jadi cukuplah sekadar itu sahaja, tak perlu struggle lagi dan saya dah mula seimbangkan keluarga dan kerjaya,” tutupnya.

Terkini, Ruhainies membintangi drama Bintang di Slot Lestrary TV3 bersama Daniel Fong. BH

Ruhainies tak mahu penonton muak tengok wajahnya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah tunjuk bukti mesej Syamsul

Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah

Sarah tukar perjanjian, minta amaun melampau – Syamsul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker