Diserang sakit jantung ketika daki Bukit Mor

Diserang sakit jantung ketika daki Bukit Mor

MUAR – Aktiviti riadah sebuah keluarga mendaki Bukit Mor, di sini, semalam bertukar cemas apabila salah seorang daripada mereka mengalami sesak nafas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Timbalan Penguasa Bomba II Shahrizal Mokhtar berkata, dalam kejadian pukul 5.05 petang itu, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai mangsa berusia 52 tahun yang dikatakan mengalami sesak nafas.



“Setibanya pihak bomba di tempat kejadian, didapati benar terdapat seorang pendaki mengalami sesak nafas dan serangan jantung semasa melakukan aktiviti mendaki bukit.

“Mangsa ditemui dalam berada dalam keadaan sedar tetapi mengalami sesak nafas. Bomba kemudiannya bertindak membawa mangsa turun ke kaki bukit menggunakan stretcher sebelum dibawa ke hospital berhampiran oleh pihak KKM bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, mangsa bersama ahli keluarganya ketika itu telah selesai mendaki dan dalam perjalanan menuruni bukit berkenaan sebelum dia tiba-tiba mengadu sakit dada dan sesak nafas.

Menurut Shahrizal, mangsa yang sememangnya mempunyai sejarah sakit jantung bagaimanapun dilaporkan selamat.



Katanya, seramai 12 anggota bersama empat jentera dikejarkan ke lokasi kejadian dan operasi tamat pada pukul 7.58 malam tadi. K Online

Diserang sakit jantung ketika daki Bukit Mor


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gelagat Sekumpulan Lelaki Keluarkan Mayat Rakan Dari Keranda Untuk Dibawa Berjalan [VIDEO]



Try It! This Tunnel Leads You On A Hike With A Scenic View Of Malaysia’s Tallest Highway [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker