BN tak bertanding PRN Sarawak, akan sokong GPS

BN mengesahkan tidak akan menyertai pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, sebaliknya akan menyokong bekas rakan parti komponennya, Gabungan Parti Sarawak (GPS).

GPS, terdiri daripada PBB, PRS, PDP dan SUPP yang dahulunya adalah sebahagian daripada BN tetapi membentuk gabungan mereka sendiri selepas pilihan raya umum (PRU) 2018.

Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan, yang juga timbalan presiden Umno, mengetuai delegasi BN ke Sarawak hari ini untuk bertemu Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Openg, yang juga pengerusi GPS.

“Buat pertama kalinya BN tidak akan bertanding dan menurunkan calon-calon serta tidak akan menggunakan logo Dacing pada Pilihanraya Umum Negeri Sarawak pada kali ini.

“Gabungan parti-parti di dalam GPS adalah merupakan sahabat baik BN selama ini. Kita datang untuk menyatakan sokongan padu kepada GPS dan yakin bahawa GPS mampu untuk memenangi 2/3 kerusi DUN Sarawak yang dipertandingkan pada kali ini,” kata Mohamad pada sidang media di Kuching.

Delegasi BN terdiri daripada Setiausaha Agungnya, Zambry Abdul Kadir, Naib Presiden Umno, Khaled Nordin, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Shamsul Anuar Nasarah dan Shabery Chik.

Sementara itu, Mohamad dipetik The Star sebagai berkata BN tidak akan berkempen untuk GPS tetapi bersedia membantu jika diperlukan.

“Mereka telah melalui banyak pilihan raya dan jentera GPS terkenal dengan kecekapannya.

“Jika mereka mahukan bantuan kami, kami sentiasa bersedia untuk hulurkan bantuan, tapi buat masa ini kami tidak akan membantu kempen mereka,” katanya dipetik sebagai berkata.

Mohamad berkata dia berharap rakyat Sarawak akan menyokong GPS untuk masa depan yang stabil dan makmur.

BN tak bertanding PRN Sarawak, akan sokong GPS


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PrnSarawak: DAP Sarawak muktamadkan tiada kerjasama dengan PSB

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker