Undi 18 kerajaan akan tunaikan janji
Penubuhan Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik perlu untuk memastikan setiap janji kerajaan termasuk pelaksanaan Undi 18 dapat dilunaskan.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, ia kerana setakat ini pelbagai janji perubahan yang ingin dilaksanakan kerajaan masih gagal dikotakan atau masih kabur dari sisi pelaksanaannya.
“Dalam soal Undi 18, masih belum dapat dipastikan bila kelompok yang berusia 18 hingga 21 tahun sebagai pengundi baharu benar-benar dapat turun mengundi.
“Hari ini, rakyat khususnya generasi muda sudah muak dengan perjalanan politik sedia ada yang bersifat representatif keran dilihat gagal memberi jawapan kepada isu-isu rakyat,” katanya kepada Sinar Harian.
Ekoran keadaan itu, Muhammad Faisal menegaskan, golongan muda mula memprotes dan ia dapat dilihat menerusi beberapa siri pilihan raya apabila peratus undi anak muda tidak memberangsangkan.
“Maka bagi ABIM, perlu ada pentas alternatif untuk rakyat diberikan ruang bersuara sebagai pelengkap kepada sistem politik bersifat representatif sedia ada supaya kita dapat lihat beberapa perubahan berlaku seperti hasrat rakyat khususnya anak muda.
“Jadi platform Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik ini wajar diketengahkan sebagai penyeimbang dan menambahbaik kepada sistem politik sedia ada supaya kita dapat memberi sumbangan kepada negara,” katanya.
Menurutnya, beberapa keberhasilan pelaksanaan model itu di negara luar harus dijadikan contoh.
Katanya, ia termasuklah ‘Ireland’s Citizen’s Assembly’ yang telah menyelesaikan isu hak autonomi badan wanita, ‘Obsevatorio de la Cuidad’ di Madrid dan ‘Ostbeljien’ di Belgium.
“Bagi komposisi Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik, bagi ABIM ia harus meluas dan menyeluruh mencakupi seluruh segmen masyarakat. Ia juga harus bertempoh iaitu ditetapkan satu masa tertentu untuk seseorang memegang jawatan dalam himpunan itu,” katanya.
Pada 28 Oktober lalu, warkah cadangan penubuhan Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik yang ditandatangani Tan Sri Mohamed Nazir Tun Razak bersama 54 orang lagi tokoh masyarakat, bekas pemimpin dan tokoh korporat dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Muhammad Faisal merupakan salah seorang tokoh berkenaan selain Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang; Setiausaha Agung Persatuan Pegawai-Pegawai Perbankan Malaysia, Ng Choo Seong dan Penerbit dan Pengarah Urusan Sinar Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub.
Himpunan berkenaan dicadang ditubuhkan untuk menjadi platform berbincang, berbahas dan mengemukakan idea-idea dan syor ke arah Malaysia yang lebih baik pada masa hadapan.
Undi 18 kerajaan akan tunaikan janji
Baca Artikel Menarik:
- Najib sekolahkan Wan Saiful isu hutang
- Shahidan merungut tak dijemput turun ke padang
- Ismail turun padang, janji kurangkan beban rakyat
- Saya masih ada wang, 18 piala – TMJ
- Siapa ada gambar harimau jalan tersipu-sipu – Sanusi
- Pelakon Nynaa Harizal Kembali Taat Kepada Suami, Tak Jadi Cerai
- Tommy Thomas Admits Zeti Should Be Charged, So What Are We Waiting For?
- Hati penjaga gol KL City sudah ditawan
- 9 Tempat Menarik Di Pulau Tioman, Aktiviti & Tips Penting Untuk Anda Explore!
- Guru pun bimbang silibus darjah satu macam tingkatan satu
- DAP, PKR gaduh kenapa babitkan kami?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET