Solat Jemaah Sambil Dukung Bayi, Pasangan Ini Dapat Tontonan 1 Juta Netizen [VIDEO]

Solat Jemaah Sambil Dukung Bayi, Pasangan Ini Dapat Tontonan 1 Juta Netizen [VIDEO]

Benarlah kebahagiaan rumah tangga terletak pada agama. Ini dengan menjadikan solat sebagai tiang utama dalam apa jua perkara yang kita sebagai Muslim lakukan. Begitu juga dengan perkongsian wanita ini apabila dia dan suaminya mendirikan solat jemaah bersama-sama bayi setelah baru sahaja habis berpantang. Memang mendapat pujian ramai, perkongsian video ini juga dijadikan panduan dalam ilmu solat buat orang ramai.

SOLAT JEMAAH DUKUNG BABY, SUAMI ISTERI INI DAPAT PUJIAN

Perkongsian video ini sudah mendapat tontonan sebanyak 1 juta dan 162,000 tanda suka di laman TikTok. Apa yang anda boleh lihat adalah sepasang suami isteri mengerjakan solat jemaah bersama-sama.

Apa yang lebih menarik adalah, si suami turut sama mendukung bayi ketika mengerjakan solat jemaah. Sejuk hati memandang! Wanita ini juga berkongsikan bahawa ini merupakan solat jemaah pertama mereka setelah tamat tempoh berpantang.

Hal ini kerana, mungkin bayi yang masih kecil tersebut agak sukar ditinggalkan dan si ayah mengambil keputusan untuk membawa anak tersebut ketika dalam solat. Perkara ini tidak dilarang sama sekali, malah cara ini juga boleh mendidik anak-anak sejak kecil supaya terbiasa dengan rutin solat.

VIDEO DIBAWAH:-

‘PENTINGNYA SUAMI ADA ILMU AGAMA’

Sudah pasti ramai dalam kalangan warganet meninggalkan komen-komen positif di perkongsian video berkenaan. Ada juga hadir dengan berharap bahawa dapat dikurniakan bakal suami sebegini yang cakna dalam ilmu agama. Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan warganet yang meninggalkan komen bahawa berdasarkan hadis, Rasulullah S.A.W juga pernah mengerjakan solat sambil mendukung anak.

Sumber: TikTok @ainazukri

Solat Jemaah Sambil Dukung Bayi, Pasangan Ini Dapat Tontonan 1 Juta Netizen [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Selepas siakap dan sotong kini muncul pula ‘Roti Canai Kayangan’ di Langkawi

Perbualan WhatsApp bersama ‘awek’ terdedah ketika sesi pembentangan kuliah [VIDEO]

Mampu Tiru Enam Bunyi Enjin Kereta 100% Real (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker