Peruntukan sama rata ibarat beri pisau kepada musuh – ADUN PKR

Peruntukan sama rata ibarat beri pisau kepada musuh – ADUN PKR

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan di Selangor tidak bersetuju negeri itu memberi peruntukan sama banyak kepada wakil rakyat pembangkang sebagaimana dibentangkan dalam Bajet 2022.

ADUN Sabak Ahmad Mustain Othman dari PKR, mendakwa langkah dibuat oleh kerajaan negeri seolah-olah memberi bantuan kepada musuh.



“Saya tidak bersetuju peruntukan untuk ADUN pembangkang dinaikkan kerana perbuatan ini seolah kita ‘memberi pisau kepada musuh untuk menyembelih kita’.

“Adalah lebih baik peruntukan itu diserahkan kepada Penyelaras DUN yang dikendalikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang lebih taat dan setianya kepada kerajaan negeri untuk diurus dan diserahkan kepada rakyat,” katanya menurut laporan Malaysia Gazette.

Bagaimanapun katanya, sekiranya peruntukan RM400,000 itu diagihkan juga kepada pembangkang, beliau akan memantau agar setiap sen duit itu tidak diselewengkan ADUN pembangkang. FMT

Peruntukan sama rata ibarat beri pisau kepada musuh – ADUN PKR




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Tanah di Putrajaya atok beli berapa harganya?

Ain, bapa disaman guru berhubung isu jenaka rogol



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker