MEDAC jangan buang masa, bantu usahawan segera – Noh

Sebaran :

MEDAC jangan buang masa, bantu usahawan segera – Noh

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan memastikan bantuan kepada golongan usahawan yang terjejas disalurkan secepat mungkin.

“Saya mahu semua warga MEDAC dan agensi memastikan proses permohonan dan penyaluran dana dibuat dengan kadar masa munasabah, cekap dan efisien,” kata menterinya, Tan Sri Noh Omar.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi MEDAC 2021 di Menara Kembar Bank Rakyat, di sini, hari ini.



Tambahnya, warga MEDAC perlu peka dengan masalah golongan ini dan seharusnya bantuan diberikan segera.

“Ini adalah masa untuk membantu mereka yang terjejas akibat pandemik, jadi kita (warga MEDAC) tidak boleh membuang masa dan tenaga,” katanya.

Sementara itu, Noh berkata, kementeriannya telah berjaya mencapai tiga sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam masa 100 hari yang ditetapkan.

Antara yang telah dicapai adalah memulihkan usahawan dan koperasi terjejas, membantu golongan yang hilang pekerjaan dan memperkukuh daya tahan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).



Majlis Apresiasi MEDAC 2021 ini meraikan 47 pegawai yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan penghargaan kepada 21 pesara bagi tahun 2019 dan 2020. MG

MEDAC jangan buang masa, bantu usahawan segera – Noh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Tanah di Putrajaya atok beli berapa harganya?



Ain, bapa disaman guru berhubung isu jenaka rogol


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *