Asteroid lebih besar daripada Menara Eiffel hampiri Bumi

Asteroid lebih besar daripada Menara Eiffel hampiri Bumi

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) sedang memantau pergerakan sebuah asteroid yang memiliki saiz lebih besar daripada Menara Eiffel yang sedang menuju dan dijangka merempuh orbit Bumi pada minggu depan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Mempunyai saiz sepanjang 330 meter, asteroid digelar 4660 Nereus itu bergerak pada kelajuan melebihi 6.4 kilometer (km) per saat.



Bagaimanapun, asteroid itu dikatakan tidak memberikan ancaman kepada Bumi kerana ia akan melintasi orbit pada 11 Disember ini pada jarak 3.8 juta km, iaitu sekitar 10 kali ganda melebihi jarak antara Bumi dengan Bulan.

Namun, NASA menganggap asteroid itu ‘berpotensi menyebabkan bahaya’ kerana ia memenuhi parameternya yang berukuran sekurang-kurangnya 150 meter dan dalam jarak 7.4 juta km dari orbit Bumi.

Asteroid itu kali pertama ditemui oleh seorang ahli astronomi, Eleanor F. Helin pada 28 Februari 1982 iaitu kira-kira sebulan selepas ia melewati Bumi pada jarak 4.1 juta km. K Online

Asteroid lebih besar daripada Menara Eiffel hampiri Bumi




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Tanah di Putrajaya atok beli berapa harganya?

Ain, bapa disaman guru berhubung isu jenaka rogol



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker