PRN Sarawak: Karakter dan suaranya sama macam Tok Nan – Abang Jo

PRN Sarawak: Karakter dan suaranya sama macam Tok Nan – Abang Jo

Anak kepada bekas Ketua Menteri Sarawak, Allayarham Tan Sri Adenan Satem, Azizul Annuar Adenan sah akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) Sarawak pada 18 Disember ini.

Bagaimanapun persoalan sama ada Azizul Annuar akan menggantikan ibunya Datuk Amar Jamilah Anu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu masih belum disahkan.

Jelas Pengerusi Gabungan Rakyat Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg perkara itu akan disahkan dalam masa terdekat.

“Dia (Jamilah) telah menyatakan hasrat untuk undur diri. Kami di PBB sendiri mahu orang muda, seperti saya katakan tadi. Jadi, kami memberi laluan kepada anaknya (Jamilah) untuk meneruskan visi.

“Saya rasa dia sudah bersedia dan berbakat. Dia juga mempunyai karakter macam bapanya, suaranya sama macam bapanya,” katanya, di sini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Merasmikan Center of Technical Excellenge (CENTEXS) Lundu, di sini.

Abang Johari dijadual mengumumkan calon penuh GPS pada 4 Disember ini.

Azizul Annuar, 31, merupakan anak bongsu kepada Allahyarham Adenan dan Jamilah.

Beliau merupakan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tanjong Datu.

Allahyarham Adenan meninggal dunia pada 11 Januari 2017, sekali gus Pilihan Raya Kecil (PRK) terpaksa diadakan bagi mengisis kekosongan kerusi Tanjong Datu.

Azizul Annuar giat berkempen mewakili ibunya pada PRK Tanjong Datu.

Dalam PRK tersebut, Jamilah menang dengan majoriti 6,443 undi mengalahkan Rapelson Richard Hamit daripada PBDS Baru dan Johnny Bob Aput (STAR).

Pada PRN ke-11 Sarawak, Allahyarham Adenan memperoleh 6,360 undi mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan dengan majoriti 5,892 undi.
Jazolkipli hanya meraih 468 undi.

Allahyarham Adenan yang juga Ketua Menteri Sarawak merupakan penyandang kerusi Tanjong Datu sejak PRN 2006. Awani

PRN Sarawak: Karakter dan suaranya sama macam Tok Nan – Abang Jo


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Tanah di Putrajaya atok beli berapa harganya?

Ain, bapa disaman guru berhubung isu jenaka rogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker