Pengantin baharu maut kemalangan

Pengantin baharu maut kemalangan

PASIR MAS: Seorang pengantin baharu maut dalam kemalangan jalan raya di Kampung Galok, di sini, jam 4.45 petang semalam.

Wan Ahmad Haziq Wan Abd Razak, 25, yang baru berkahwin Jumaat lalu meninggal dunia, manakala isterinya, Norainsya Mohd Suhaimi, 22, cedera di kepala.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, kereta pasangan berkenaan dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke jalan bertentangan, lalu bertembung dengan kereta lain.

Katanya, mereka dalam perjalanan dari arah Tanah Merah ke Pasir Mas.

“Mangsa cedera parah pada dada dan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Pasir Mas, manakala isterinya luka di kepala.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini hari ini.

Adik mangsa, Wan Ahmad Aizat, 23, berkata pasangan berkenaan dalam perjalanan ke kedai untuk memilih pelamin bagi majlis bertandang.

Pada awalnya, beliau berkata, isteri mangsa menelefon memberitahu mereka terbabit dalam kemalangan dan keadaan Wan Ahmad Haziq tidak diketahui.

Ketika beliau dalam perjalanan ke Hospital Pasir Mas, katanya, beliau dikhabarkan abangnya sudah meninggal dunia.

“Kami sarapan bersama-sama di rumah ibu pagi tadi (semalam). Ini menjadi perjumpaan terakhir kami adik-beradik.

“Kami berdua sangat akrab kerana hampir setiap hari dia menelefon saya sebelum majlis perkahwinnanya, untuk berkongsi persiapan,” katanya.

“Ketika bersarapan, dia ada memberitahu isterinya di depan kami sekeluarga bahawa dia mahu memakai pakaian berwarna putih untuk kali terakhir,” katanya.

Beliau berkata, jenazah abangnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Beris Harab, Kota Jembal, Kota Bharu. BH

Pengantin baharu maut kemalangan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker