Pendapatan PMKS dan jenama tempatan cecah jutaan ringgit sehari semasa Lazada 11.11

Pendapatan PMKS dan jenama tempatan cecah jutaan ringgit sehari semasa Lazada 11.11

Lazada 11.11 baru-baru ini menjana jualan 25 kali ganda bagi jenama tempatan terkemuka berbanding hari biasa.

Jualan itu juga membantu perusahaan mikro-kecil-dan-sederhana (PMKS) teratas melepasi nilai ambang sejuta ringgit dalam sehari.

Ketika ekonomi tempatan beransur pulih, PMKS tempatan membangun pada kadar yang memberangsangkan dengan satu daripada setiap dua perniagaan baharu di Lazada mendapat pelanggan pertama dalam tempoh kurang daripada tujuh hari.

“Kami sangat teruja melihat PMKS tempatan menerima pendigitalan serta menunjukkan trend pertumbuhan yang sihat – bermula dari penubuhan kedai dalam talian sehinggalah ke jualan pertama dan seterusnya – seperti yang kita lihat semasa Jualan 11.11,” kata COO Lazada Malaysia, Darren Rajaratnam.

“Kami kagum dengan kecekalan yang ditunjukkan dan akan terus menyokong pertumbuhan perniagaan tempatan dengan menghubungkan mereka kepada komuniti pembeli dalam talian kami.”

Menurut laporan terbaharu Indeks Keyakinan Perdagangan Digital daripada Lazada, 76% penjual dalam talian di rantau Asia Tenggara menaruh harapan baik berhubung pertumbuhan masa depan meskipun berdepan persekitaran operasi yang mencabar.

Penemuan ini juga menunjukkan bahawa menjelang pesta hujung tahun beli-belah dalam talian, seperti 11.11 dan 12.12, para peniaga merancang untuk menambah barangan dan kakitangan masing-masing.

Peniaga menyaksikan persediaan mereka membuahkan hasil kerana Lazada Malaysia mendapati jumlah pembeli tempatan di platformnya meningkat 24 kali ganda dalam tempoh dua jam pertama jualan 11.11 tahun ini.

Ini merupakan kenaikan yang sangat tinggi berbanding hari-hari biasa dalam tempoh yang sama sekali gus menunjukkan perkembangan trend jelas bahawa terdapat ramai rakyat Malaysia yang mencari tawaran hebat pada tengah malam dengan niat ikhlas untuk membeli.

Perkembangan trend itu menjadi batu loncatan kepada perniagaan tempatan untuk mendapatkan pelanggan baharu dan memacu pertumbuhan perniagaan digital mereka.

Pemilik The Hopz Sdn Bhd, Johnson Aw, memberitahu, “walaupun kedai kami baharu sahaja disiarkan di Lazada dua bulan lalu, kami amat sukacita melihat jualan kami melepasi RM1 juta dalam tempoh kurang 24 jam pada 11 Nov.”

“Malah pengikut kedai kami bertambah lebih 26% selepas Lazada 11.11. Kami berterima kasih kepada rakyat yang menyokong PMKS tempatan di Lazada pada masa yang sukar ini. Kami juga berterima kasih kepada Lazada kerana menyediakan peralatan, latihan, dan sokongan kepada usahawan tempatan, untuk segera memajukan perniagaan kami.”

Pengasas syarikat tilam tempatan, NeckPro, Koo Ye Fei pula berkata, “ini adalah tahun kelima kami menyertai acara tahunan 11.11 Biggest One-Day Sale anjuran Lazada dan seperti biasa jenama kami menawarkan nilai yang amat berbaloi kepada pelanggan.”

“Pada 11.11 baru-baru ini, kami bukan sekadar mencatatkan peningkatan jualan luar biasa sebanyak 25x berbanding hari biasa, tetapi juga mengukuhkan kesedaran jenama kami dengan menarik pelanggan baharu di LazMall.”

Acara 11.11 dilihat sebagai acara jualan yang amat dinanti-nantikan tahun ini, malah dianggap sebagai jualan terbesar dalam talian.

Ia pertama diperkenalkan di rantau ini oleh Lazada pada 2013. Impak 11.11 Lazada itu kini menjadi standard yang diikuti industri, mempopularkan jualan mega ‘dua digit’, dan mewujudkan komuniti pelanggan dalam talian yang besar – sekali gus memacu kegiatan ekonomi di ruang digital.

Selaku antara pemain e-dagang yang pertama dan utama di Malaysia, Lazada membentuk ekonomi digital masa kini yang semakin maju dan menjadi pemacu penting transformasi digital PMKS tempatan serta syarikat-syarikat besar.

Klik sini untuk maklumat lanjut mengenai Lazada.

Klik sini untuk mendaftar sebagai penjual di Lazada.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pakej Pintar Niaga PMKS oleh Lazada, klik sini.

Pendapatan PMKS dan jenama tempatan cecah jutaan ringgit sehari semasa Lazada 11.11


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker