Syor pemimpin DAP terlalu radikal

Saranan Nga Kor Ming supaya kerajaan menggubal dasar perpaduan negara yang baharu dilihat seiring dengan agenda pemansuhan hak Bumiputera, yang kerap dilaungkan sebagai modal politik.

“Mencadangkan supaya semua orang mendapat status Bumiputera sebenarnya sama sahaja dengan cadangan memansuhkannya. Bagi saya, ianya hanya satu permainan kata-kata yang licik sahaja.

“Ramai tertanya-tanya, mengapakah Kor Ming hanya buat kenyataan mengenai perkara ini melalui Twitternya hanya dalam Bahasa Cina padahal biasanya beliau menulis dalam Bahasa Melayu ataupun Inggeris di Twitternya.

“Malah, akhbar-akhbar yang menyiarkan kenyataan ini rata-ratanya hanyalah media-media Bahasa Cina sehinggalah ada media yang menterjemahkannya. Ini sesuatu yang mencurigakan. Apakah ia hanya suatu kebetulan sahaja?” soal Haji Aminuddin.

Demikian persoalan dibangkitkan Pengerusi PEMBELA mengulas syor tidak masuk akal Timbalan Setiausaha Agung DAP – kononnya mahu semua rakyat yang lahir selepas awal pagi 31 Ogos 1957 boleh menikmati status Bumiputera.

Beliau juga mendakwa, kerajaan tidak patut dan tak boleh lagi membezakan rakyat dengan ‘warna kulit’.

“Dalam kemelut sosialisme, demi mempromosikan ‘Keluarga Malaysia’ yang sebenar, sekiranya kerajaan tidak dapat menghapuskan dasar diskriminasi antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.

“…sekurang-kurangnya semua orang yang lahir selepas negara kita merdeka pada tahun 1957 harus menikmati status dan layanan Bumiputera,” katanya.

Mengulas perkara itu, Haji Aminuddin Yahaya menyifatkan cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Intan itu sebagai sesuatu yang radikal.

Dengan jawatan dipegang juga, Haji Aminuddin tidak menolak kemungkinan bahawa ia sebagai pendirian mewakili DAP secara keseluruhannya, selagi mana tiada kenyataan rasmi parti yang membidas dan mengatasinya.

“Baru-baru ini pun, ada seorang Ahli Parlimen PH juga yang berucap di dalam Parlimen mencadangkan agar Perkara 153 Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera dikaji semula. Ini berikutan kononnya peruntukan kepada Bumiputera ‘terlalu banyak’ dalam Belanjawan 2022.

“Apakah ada kaitan dengan kenyataan Nga Kor Ming? Atau hanya kebetulan?

“Apakah selepas ini akan ada lagi mana-mana wakil rakyat akan ‘echo’ cadangan yang sama secara strategik?” soalnya.

Syor pemimpin DAP terlalu radikal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafiq lepas jawatan pengerusi Bersatu, PN Melaka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker