Mohamaddin lompat masuk Bersatu
Mohamaddin lompat masuk Bersatu
Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama Mohamaddin Ketapi secara rasminya menjadi ahli baharu Bersatu.
Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin dalam kenyataan berkata, permohonan keahlian Mohamaddin diperaku dan diterima dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu malam tadi yang dipengerusikan Presidennya Muhyiddin Yassin.
Katanya, penyertaan baharu itu bakal mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan negeri Sabah pimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor.
Pada 30 Okt lalu, Mohamaddin mengumumkan keluar daripada Warisan kerana mahu memberi tumpuan memaju dan membangunkan Parlimen Lahad Datu serta DUN Segama.
Mengenai perkembangan pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, Hamzah berkata, Bersatu akan mengadakan perbincangan lanjut bersama parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi menentukan strategi dan persiapan menjelang PRN itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRN Sarawak ke-12 akan diadakan pada 18 Dis ini.
Selain itu, parti itu memutuskan akan mengadakan Persidangan Agung Tahunan (PAT) Bersatu kelima pada 18 dan 19 Dis ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya yang bakal dihadiri 1,600 perwakilan dari seluruh negara secara fizikal. FMT
Mohamaddin lompat masuk Bersatu
Baca Artikel Menarik :
- Roti Gardenia naik 10 hingga 45 sen
- 5 ditahan gaduh tepi jalan guna payung, gergaji
- Guru kecewa, murid jawab ‘lek lah cikgu’
- Fesyen Che Ta macam fesyen masuk tanah – Netizen
- Katak : Chong jangan lupa ayahnya pun pernah lompat – Wong
- DAP mahu status Bumiputera? Bersedia gugur sekolah vernakular?
- Jagung kukus Tok Wan buat ramai terliur
- Pemain JDT dilatih bersikap sombong – Sanusi
- Polis tumpas sindiket penipuan pakej ubah suai rumah
- Gadis cantik penjual kambing bergelar pelajar universiti
- Tiada kerjasama UMNO-BERSATU – Rauf
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.