Masyarakat Cina perlu kembali sokong MCA, BN

Masyarakat Cina perlu kembali sokong MCA, BN

Masyarakat Cina di negara ini perlu kembali menyokong perjuangan MCA dalam gabungan Barisan Nasional (BN) yang dilihat lebih memberi manfaat kepada mereka berbanding menyokong DAP.

Ketua Biro MCA Penyelarasan Hal Ehwal Kerajaan, Michael Tay Chee Boon berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini perlu dijadikan permulaan kepada langkah berkenaan.



Katanya, hal itu kerana daripada 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dimenangi BN, dua daripadanya berjaya dirampas semula oleh wakil MCA.

“Daripada dahulu hingga kini, sama ada memegang jawatan atau tidak, MCA tetap menyediakan khidmat kepada masyarakat berbilang kaum, ini berbeza dengan pemimpin daripada DAP.

“Perkara itu ditambah dengan kebersamaan MCA di dalam BN bersama-sama berganding bahu dengan UMNO dan MIC adalah perpaduan dan kerjasama yang perlu dipulihkan kembali di peringkat rakyat,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di pejabatnya, di sini hari ini.

Tambah Michael Tay, keputusan dilakar BN di Melaka juga menunjukkan bahawa sokongan masyarakat negeri itu termasuklah kaum Cina telah kembali semula kepada BN, jadi ia perlu dilaksana di peringkat pusat menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) kelak.



“Perpaduan antara kaum yang ditunjukkan dalam PRN Melaka itu perlu dikekalkan kerana ia bukan sahaja memberi manfaat kepada kaum-kaum tertentu sebaliknya kepada masyarakat secara keseluruhannya.

“Masyarakat Cina juga sudah sedar bahawa hanya MCA yang dapat membela nasib mereka melalui kerjasama dengan UMNO dan MIC sebaliknya DAP lebih banyak bercakap besar.

“Parti itu juga dilihat seperti mempunyai agenda tertentu, jadi masyarakat khususnya kaum Cina perlu kembali memberikannya sokongan kepada MCA dan BN,” ujarnya.

Dalam PRN Melaka baru-baru ini, calon MCA, Datuk Lim Ban Hong menang di DUN Kelebang dengan meraih 5,028 undi, manakala Ngwe Hee Sem memenangi kerusi Machap Jaya setelah memperoleh 3,732 undi. Utusan



Masyarakat Cina perlu kembali sokong MCA, BN


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kebarangkalian komet pemusnah langgar Bumi meningkat- NASA



Wilayah di utara Arab Saudi dilitupi salji

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker